Senarai 26 Pemain Harimau Malaya Ke Latihan Pusat Kelayakan Piala Dunia Dan Piala Asia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan 26 pemain yang bakal mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin, 27 Mei 2019 bersamaan hari Isnin.

Kem latihan pusat ini diadakan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2 Jun 2019 dan seterusnya perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste di stadium sama pada 7 dan 11 Jun 2019.

Hanya 14 pemain dari skuad 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat bagi Piala AIRMARINE 2019 dipanggil kembali dan menyaksikan 11 pemain digugurkan.

1. Zaquan Adha Abd Radzak
2. Khairul Fahmi Che Mat (Melaka)
3. Nazirul Naim Che Hashim (Perak)
4. Ahmad Hazwan Bakri (JDT)
5. Rizal Ghazali (Kedah)
6. Abdul Latiff Suhaimi (Selangor)
7. Hadin Azman (Felda United)
8. S Kumaahran (JDT II)
9. Hafiz Ramdan (PKNP FC)
10. Firdaus Saiyadi (Perak)
11. Nicholas Swirad (PKNS FC).

Seramai enam pemain yang tidak dipanggil pada Mac lalu kerana bersama skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 dan turut dipanggil pemain berdarah kacukan.

1. Safawi Rasid (JDT)
2. Akhyar Rashid (JDT)
3. Syamer Kutty Abba (JDT)
4. Dominic Tan (JDT)
5. Syahmi Safari (Selangor)
6. Faisal Abdul Halim (Pahang).
7. Farizal Marlias (JDT)
8. Adam Nor Azli (JDT)
9. Syafiq Ahmad (JDT)
10. Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).
11. La'Vere Corbin-Ong (JDT)
12. Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC).




Paparkan Komen