The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai 25 Pemain Skuad Harimau Malaysia Bertemu Singapura

Encik Bakri pada October 5, 2016

FAM melalui laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai 25 pemain yang bakal beraksi menentang Singapura. Berikut senarai 25 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Singapura, esok (5 Oktober) untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober ini (Jumaat).

senarai-25-pemain-skuad-harimau-malaysia-bertemu-singapura-pada-7-oktober-2016-fam

Sementara lima pemain di bawah tidak dibawa ke Singapura dan akan terus menjalani latihan ringan/pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum menyertai semula latihan penuh sekembalinya 25 pemain di atas dari Singapura pada Sabtu, 8 Oktober 2016 untuk persiapan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini (Selasa).

senarai-25-pemain-skuad-harimau-malaysia-bertemu-singapura-pada-7-oktober-2016-fam2

Ong Kim Swee berkata kelima-lima pemain tersebut bukan digugurkan tetapi diketipakan kerana kecederaan dan Khairul Fahmi pula tidak dibawa untuk memberi peluang kepada penjaga gol lain.

“Kelima-lima pemain ini bukan digugurkan tetapi mereka tetap akan menjalani latihan ringan dan latihan pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama pegawai yang telah kita khaskan sepanjang tiga hari skuad kebangsaan berada di Singapura.

“Apabila pasukan kembali ke tanah air pada Sabtu ini, mereka akan bersama semula pasukan untuk sesi latihan penuh sebagai persediaan menghadapi perlawanan bertemu Afghanistan.

“Ronny mengalami kecederaan belakang, Nasir mengalami kecederaan groin manakala Matthew mengalami sedikit masalah kesihatan.

“Saya tidak membawa Khairul Fahmi ke Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol, sama ada Khairulazhan dan Hafizul Hakim beraksi. Sementara Khuzaimi akan berada dalam skuad untuk bertemu Afghanistan.”

Sumber : FAM


Download aplikasi The Sukan di Google Play