The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai 23 Pemain Terbaik FIFA 2016

Encik Bakri pada November 5, 2016

FIFA telah memutuskan ikatan yang dijalinkan sejak 2010 dengan France Football yang merupakan penganjur anugerah Ballon d’Or.

Pada tahun 2010 FIFA dan France Football menjalinkan kerjasama untuk anugerah FIFA Ballon d’Or kini mereka membawa haluan masing-masing. Semoga Elly Mazlein tidak menjadi rebutan.

FIFA kembali kepada fitrah dan mewujudkan semula anugerah pemain terbaik FIFA pada tahun ini. Seperti biasa badan bolasepak dunia itu telah mengeluarkan senarai pendek 23 pemain Terbaik FIFA 2016.

Pemenang anugerah ini bakal dinobatkan pada 9 January 2017 di Zurich. Berita baik untuk peminat Arsenal apabila Ozil dan Sanchez tersenarai, untuk anugerah Ballon d’Or nama kedua-dua pemain ini keciciran. Kesian.

Baca Jika Rajin : Senarai 30 Calon Ballon d’Or 2016

Senarai 23 Pemain Terbaik FIFA 2016

matyo

  1. Sergio Agüero (Argentina/Manchester City)
  2. Gareth Bale (Wales/Real Madrid)
  3. Gianluigi Buffon (Italy/Juventus)
  4. Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)
  5. Kevin De Bruyne (Belgium/Manchester City)
  6. Antoine Griezmann (France/Atlético Madrid)
  7. Zlatan Ibrahimović (Sweden/Paris Saint-Germain/Manchester United)
  8. Andrés Iniesta (Spain/FC Barcelona)
  9. N’Golo Kanté (France/Leicester City/Chelsea)
  10. Toni Kroos (Germany/Real Madrid)
  11. Robert Lewandowski (Poland/FC Bayern Munich)
  12. Riyad Mahrez (Algeria/Leicester City)
  13. Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona)
  14. Luka Modrić (Croatia/Real Madrid)
  15. Manuel Neuer (Germany/FC Bayern Munich)
  16. Neymar (Brazil/FC Barcelona)
  17. Mesut Özil (Germany/Arsenal)
  18. Dimitri Payet (France/West Ham United)
  19. Paul Pogba (France/Juventus/Manchester United)
  20. Sergio Ramos (Spain/Real Madrid)
  21. Alexis Sánchez (Chile/Arsenal)
  22. Luis Suárez (Uruguay/FC Barcelona)
  23. Jamie Vardy (England/Leicester City).

Bilakah Proses Undian Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2016 Bermula?

Menurut kenyataan media yang di keluarkan oleh FIFA, proses pengundian bermula pada hari Jumaat 4 November sehingga 22 November 2016. Proses pengundian ini termasuklah memilih Jurulatih Terbaik 2016. Semua pengundi wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Piliharaya(SPR).

Bagaimana Pemenang Di Tentukan?

FIFA menjelaskan bahawa pemenang anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2016 akan ditentukan melalui jumlah undi. Pengiraan jumlah undi terbahagi kepada dua

1. Ketua Pasukan dan Jurulatih Kebangsaan

Separuh daripada jumlah undi akan ditentukan oleh Amri Yahyah dan Ong Kim Swee serta Ketua Pasukan dan Jurulatih Pasukan negara dari seluruh dunia yang bernaung di bawah FIFA.

2. Peminat Wakil Media

Separuh lagi daripada jumlah undi diambil berdasarkan undian peminat melalui sistem Undian Awam Atas Talian dan undian daripada 200 orang wakil media yang terpilih dari seluruh pelusuk dunia.

Kesemua undi akan digabung dan meletup! Maka pemenang akan diketahui.


Download aplikasi The Sukan di Google Play