Senarai 16 Pasukan Untuk Saingan Piala FAM 2017

Syafiq Freman oleh Syafiq Freman 8 bulan yang lalu

Football Association of Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan senarai akhir 16 pasukan yang akan bertanding pada saingan Piala FAM 2017.

Piala FAM merupakan saingan divisyen ke-3 Liga Malaysia dan terkenal dengan penarikan diri beberapa pasukan pada setiap musim.

Berikut merupakan senarai 16 pasukan yang disahkan bakal beraksi untuk musim 2017 ini:

  1. Sime Darby FC
  2. Felcra FC
  3. Petaling Jaya Rangers FC (Air Asia)
  4. MOF FC
  5. SAMB FC
  6. Sungai Ara FC
  7. KDMM FC
  8. Shahzan Muda FC
  9. UKM FC
  10. Penjara FC
  11. Hanelang FC
  12. PBMM FC
  13. MPKB-BRI U-BES FC
  14. Terengganu City FC
  15. KSDBKL
  16. Kuching FA

Antara yang menarik perhatian adalah kejayaan pasukan baru dari Terangganu, Terangganu City dalam menempatkan diri dalam saingan musim 2017.

Saingan Piala FAM akan bermula pada 19 Februari 2017 dan jadual lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Gambar oleh Facebook Terengganu City FC




Paparkan Komen