The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai 10 Perpindahan Percuma Terbaik Sepanjang Zaman

Encik Bakri pada November 2, 2016

Di zaman bolasepak yang berpaksi kepada semuanya duit beratus-ratus juta ada lagi pemain bintang yang boleh diikat oleh kelab secara perpindahan percuma dan berbaloi-baloi untuk mendapatkannya. Tiada yuran perpindahan yang dikenakan kerana para pemain ini telah habis kontrak mereka dengan kelab terdahulu.

Mengikut Persatuan Bolasepak Profesional perpindahan percuma juga dikenali sebagai Bosman transfer. Perpindahan percuma terjadi apabila kelab melepaskan pemain apabila kontrak mereka telah tamat atau sejurus sebelum kontrak tamat.

Tidak seperti yang berlaku di liga negara Republik Macedonia pemain dalam kontrak pun nak disapunya secara percuma siap bincang ngan bapak pemain pulak tu. Berikut merupakan senarai 10 perpindahan percuma terbaik sepanjang zaman yang bersumberkan dari Sports Keeda.

10. Gary McAllister: Coventry ke Liverpool

Gambar : http://talksport.com/gary-mcallister
Gambar : Talk Sport

Peminat Liverpool dari seluruh dunia telah terkejut yang amat dan mempersoalkan keputusan Gerard Houllier membuat keputusan untuk menandatangani pemain tengah berusia 35 tahun itu dari Coventry.

Tetapi biasa la budak-budak mudah terkejut dan terhibur dengan pantas telah mengubah pendirian setelah melihat aksi yang dipamerkan Gary McAllister. Bersama Coventry McAllister telah memahat namanya sebagai seorang pemain yang power tetapi perpindahannya ke pasukan gergasi liga perdana seperti Liverpool telah meneyerlahkan potensi yang sebenar.

McAllister tidak menunggu lama untuk terus berada dalam kesebelasan utama pasukan sejak dari mula. McAllister merupakan sebahagian dari skuad Liverpool yang memenangi gelaran Treble iaitu Piala FA, Piala Liga dan UEFA Supercup.

McAllister telah menghasilkan banyak kenangan yang terindah dan menakjubkan di Liverpool dan saat yang paling diingati adalah sepakan percuma dari jarak 40 ela semasa Merseyside derby pada saat-saat akhir perlawanan memastikan kemenangan buat Liverpool keatas Everton.

Selepas membuat 55 penampilan dan menghadirkan kenangan indah di Liverpool untuk tempoh dua musim, Gary McAllister kembali ke kelab ke kelab kesayangan beliau Coventry untuk menghabiskan karier di sana.

Masa muda Jangan pernah sia-siakan Simpankan sebagai memori Jadikan polaroid.

9. Henrik Larsson: Celtic ke Barcelona

larsson
Gambar : Box To Box Football

Larsson seorang penyerang prolifik yang sangat gila power, Larsson menjaring 242 gol sepanjang 7 tahun di Celtic. Selepas mengharungi EURO 2004 dengan bergaya, Larsson telah memilih Barcelona dalam usaha untuk menempa nama di liga yang lebih besar dan power.

Pada perlawanan akhir Liga Juara Eropah 2006, Larsson telah membantu The Catalan untuk menewaskan Arsenal yang power 1-0. Larsson masuk dengan perlawanan berbaki 30 minit untuk mengubah skrip perlawanan dengan membuat dua assist dan membawa Barcelona ke mercu kejayaan.

Henry kemudiannya memuji Larsson dan menyifatkan bahawa Larsson merupakan satu-satunya perbezaan antara kedua-dua pasukan.

“Dia merubah perlawanan, orang selalu bercerita tentang Ronaldinho dan Eto’o, kadang-kadang kita perlu bercakap mengenai pemain yang power yang boleh membawa perubahan dan pada malam ini Larsson lah orangnya.

Kisah di atas sudah cukup untuk Larsson berada dalam senarai ini.

8. Michael Ballack: Bayern Munich ke Chelsea

michael_ballack
Gambar : 101 Great Goals

Perpindahan Ballack merupakan satu perpindahan percuma yang agak sukar untuk dipercayai pada masa itu. Ballack menolak untuk menyertai Manchester United dan Real Madrid pada 2006 sebaliknya memilih Chelsea. Di Stamford Bridge pemain tengah yang power ini menikmati kejayaan yang lumayan amat.

Selama 4 musim Ballack mengecap satu gelaran liga, 3 Piala FA dan satu Piala Liga. Beliau juga merupakan tunjang yang mengepalai The Blues mara ke final Liga Juara Eropah 2008.

Ballack merupakan salah seorang pemain terbaik di liga perdana pada masa itu dan membuat lebih 100 penampilan untuk Chelsea sebelum kembali ke Jerman.

7. Steve McManaman: Liverpool ke Real Madrid

Gambar : http://www.sport.net/steve-mcmanaman-says-real-madrid-defended-like-school-boys_464163
Gambar : Sport.Net

Perpindahan percuma McManaman merupakan salah satu perpindahan percuma terhebat bagi pemain England yang bermain di luar. Di Liverpool McManaman mencapai tahap kemuncak prestasinya dan nyaris berpindah ke Barcelona dengan bayaran £12 juta pada 1997.

Lelaki Inggeris ini bagaimanapun tidak bersetuju dengan beberapa terma peribadi dalam perjanjian untuk ke Barcelona dan perpindahan itu putus di tengah jalan. Kemudian Real Madrid datang untuk menjadi suri hati McManaman pada 1999 dan kali ini ikatan sah dimeterai tanpa duit hantaran.

McManaman menang Liga Juara dan La Liga sebanyak 2 kali serta menjadi pemain kesayangan peminat di Real Madrid. McManaman membuat lebih 100 penampilan dan aksinya sentiasa menggembirakan penonton sepanjang 4 musim bersama Madrid. Memori terbaik dari McManaman adalah sepakan Volley yang menakjubkan semasa perlawana akhir Liga Juara Eropah menentang Valencia.

Selepas mengecapi kejayaan yang agung dalam karier, McManaman kemudian kembali ke bumi England bersama Manchester City sebelum bersara pada tahun 2005.

6. Esteban Cambiasso: Real Madrid ke Inter Milan ke Leicester

Gambar : http://www.taringa.net/post/deportes/11020423/Esteban-Cambiasso.html
Gambar : Taringa

Esteban Cambiasso meninggalkan Real Madrid pada 2004 dan menyertai Inter Milan untuk menikmati kejayaan yang gilang-gemilang ibarat curahan koko ke ladang gandum. Cambiasso memenanagi gelaran Scudetto 4 kali berturut-turut tetapi kejayaan paling grande adalah pada tahun 2010 di mana Inter Milan merangkul gelaran Treble di bawah bimbingan Mourinho.

Cambiasso membuat lebih 300 penampilan selama Sedekad berada di Inter Milan sebelum berhijrah ke Leicester City dan Cambiasso macam biasa memberikan yang terbaik dan diundi sebgai pemain terbaik kelab musim 2014/2015 selepas membantu Leicester City kekal di liga.

Pada musim panas 2015 Cambiasso meninggalkan Leicester dan telah terlepas untuk menjadi sebahagian daripada kisah dongeng bolasepak moden apabila Leicester City muncul juara liga perdana.

5. Sol Campbell: Spurs ke Arsenal

Gambar : http://www.sportal.co.nz/football/english-football/campbell-urges-clubs-to-give-black-managers-a-chance/1hc6zpi8qbvou1cm5dcnjdtgfr
Gambar : Sportal

Sol Campbellboleh dikatakan antara perpindahan terbaik di Liga Perna Inggeris. Bekas pertahanan England ini berpindah dari Spurs ke pasukan musuh mereke di London, Arsenal pada 2001. Satu perpindahan yang penuh kontroversi.

Campbell membuat 195 penampilan bersama Arsenal dan memenangi 2 gelaran juara liga. Campbell juga merupakan salah seorang pemain skuad invincibles Arsenal yang merupakan satu sejarah hebat kelab yang meletakkan Arsenal sebaris dengan JDT.

Sol Campbell juga merupakan salah seorang pemain yang berjaya membawa Arsenal ke perlawanan akhir Liga Juara dan dinobatkan sebagai salah seorang pertahanan terbaik Arsenal. Campbell bersara pada tahun 2011 tetapi berterusan dimaki oleh peminat Spurs di atas pengkhianatan beliau.

4. Zlatan Ibrahimovic: Paris Saint-Germain ke Manchester United

zlatan

Perpindahan Zlatan ke Manchester United mungkin boleh menjadi perpindahan terbaik sepanjang zaman tetapi dengan prestasi sekarang Zlatan hanya berada di tempat ke-4.

Bang Berahim telah mengecap hampir kesemua kejuaraan bersama kelab yang disertai kecuali Liga Juara Eropah dan keputusan beliau menyertai Manchester United amat mengejutkan kerana tahun ini Manchester United tidak layak ke Liga Juara Eropah.

Di Old Trafford memulakan musim dengan penuh bergaya untuk 3 perlawanan pertama dan kini Bang Berahim terus kegersangan gol walaupun mempunyai peluang yang terbuka untuk menjaring. Semoga pemain ini menemui sentuhan penyudah yang setajam hidungnya kembali.

3. Paul Pogba: Manchester United ke Juventus

anthony-taylor-dan-pogba

Pogba berpindah ke Juventus secara percuma dan kembali ke Manchester United dengan memecahkan rekod dunia perpindahan yang bernilai £89 juta. Bersama Juventus Pogba berjaya meletakkan dirinya sebagai pemain tengah terbaik dunia.

Pemain Perancis ini telah membuat 125 penampilan untuk Old Lady dan membantu pasukan Perempuan Tua itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah 2015. Pogba telah memenangi 4 gelaran juara Serie A, Coppa Italia dan 2 Italian Supercup di Italy.

Pogba merupakan salah seorang calon daripada 23 orang calon Ballon d’Or 2014. Kini Pogba masih bergelut bersama Manchester United. Apa yang power Juventus telah meraih £89 juta yang menjadikan perpindahan itu salah satu daripada perpindahan tercerdik dalam sejarah bolasepak.

2. Andrea Pirlo: AC Milan ke Juventus

Gambar : http://www.mainlinemenswear.co.uk/blog/2014/world-cup-style-icon-andrea-pirlo
Gambar : Mainline Mens Wear

Pirlo tiba dari AC Milan ke Juventus pada musim panas 2011 dan perpindahan Pirlo juga adalah penyebab kepada kejatuhan AC Milan. Walaupun berusia 32 tahun sewaktu disisihkan oleh AC Milan tetapi keputusan Milan dipersoalkan banyak pihak.

Kontrak pemain Italy itu tamat pada musim panas 2011 selepas mengharungi beberapa musim yang gemilang bersama AC Milan dan Pirlo dilihat seakan mahu bersara tetapi Pirlo membuat keputusan untuk menertai Juventus di mana kariernya terus mekar dan kembang subur di hati ke tahap dewa.

Pemain berusia 37 tahun ini telah membuat lebih 100 penampilan bersama Juve bagi mengecap 4 gelaran juara Serie A, Coppa Italia dan 2 Italian Supercup. Pirlo dan Pogba membentuk satu gandingan pemain tengah terbaik dunia ketika bergandingan bersama.

Pirlo ibarat budu yang makin power dengan pertambahan usia. Sekarang Pirlo telah berpindah ke MLS dan beraksi bersama New York City.

1. Robert Lewandowski: Borussia Dortmund ke Bayern Munich

robert-lewandowski
Gambar : BBC

Robert Lewandowski merupakan antara perpindahan terbaik sepanjang zaman, Robert Lewandowski berpindah secara percuma dari Borussia Dortmund ke Bayern Munich pada musim panas tahun 2014 yang membuatkan ramai peminat Borussia Dortmund berduka lara.

Pemain kelahiran Poland ini sudah menempatkan dirinya sebagai salah seorang penyerang terbaik di bumi beberapa tahun sebelum beraksi bersama Bayern Munich dan di Bayern Lewandowski terus meningkatkan reputasinya sebagai seorang penyerang yang digeruni.

Jarang diketahui bahawa sebelum menyertai Dortmund, Lewandowski pernah berimpian untuk beraksi bersama Blackburn Rovers tetapi impiannya musnah akibat satu letusan gunung berapi di Iceland. Penerbangan yang bakal membawa Lewandowski ke Blackburn terpaksa dibatalkan kerana debu dari gunung berapi yang meletus.

Bersama Bayern, Lewandowski terus bermaharajalela dan bersuka ria menjaringkan gol. Beliau menjaringkan 52 gol dalam 69 penampilan dan memenangai dua gelaran juara Bundesliga, 1 DFB Pokal serta satu Supercup dalam tempoh 2 tahun.


Download aplikasi The Sukan di Google Play