The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai 10 Pemain Bola Sepak Terkuat Dunia

Eikrem pada October 20, 2015

Kalau di zaman 90-an kita dapat melihat ramai pemain bola sepak yang boleh dikatakan gagah perkasa seperti David Ginola, Cafu, Jaap Stam, Duncan Ferguson dan ramai lagi.

Siapakah  10 pemain terkuat pada zaman sekarang? Berikut adalah senarai 10 pemain bola sepak terkuat di dunia. Senarai tersebut bukan mengikut susunan.

Wayne Rooney, Manchester United, Penyerang

rooney shrek
Rooney (kanan) mempunyai penyudah tajam di hadapan gol

Pemain ini juga digelar Shrek, satu kerana rupanya, kedua kerana kekuatannya. Rooney bukanlah seorang pemain yang senang jatuh, apatah lagi melakukan diving. Kalau Rooney membawa bola, jarang ada pertahanan yang mampu menjatuhkannya, melainkan dengan melakukan foul. Fizikalnya yang kuat juga membuatkannya sesuai dijadikan target man dalam taktikal perlawanan, bergantung kepada kekuatan pertahanan pihak lawan.

Matt Hummels, Borussia Dortmund, Pertahanan

matt hummels
Sekali pandang Hummels ada iras-iras Nora Danish

Berwajah jambu dalam hati ada taman, ramai yang tidak menjangka bahawa Hummels merupakan seorang yang sangat kuat dan selalu memenangi perebutan bola terutamanya di udara sehinggakan penyokong Dortmund menggelarkan The Tower. Jika Hummels bermain di Liga Perdana Inggeris yang sangat fizikal, tidak diragui pemain ini akan berjaya membarisi team of the season setiap musim.

Zlatan Ibrahimovic, Paris St Germain, Penyerang

Zlatan
Pemain paling angkuh di dunia, mengalahkan CR7

Dikenali dengan karakternya yang angkuh dan garang, pemegang tali pinggang hitam taekwando ini sering mendapat perhatian ramai dengan tindak-tanduknya. Namanya juga, Zlatan, telah didaftarkan sebagai satu perkataan yang rasmi dalam kamus bahasa Sweden. Tinggi dan gagah – dua sifat ada pada penyerang berhidung tinggi ini berjaya digunakan sebaiknya apabila Zlatan sering menjadi penjaring terbanyak liga Perancis Ligue 1. Malah, Zlatan juga memegang rekod penjaring terbanyak pasukan PSG dan Sweden ketika ini.

Sergio Ramos, Real Madrid, Pertahanan

From Ramos with love
From Ramos with love

Bermula sebagai pertahanan kanan, Ramos telah diubah posisinya ke pertahanan tengah kerana fizikalnya yang tinggi dan gagah, malah Pepe juga tidak mampu untuk menandingi kekuatan pemain Sepanyol ini. Ramos sering menjaringkan gol dari set-piece dan jarang ada pemain lawan mampu mengatasinya jika Ramos berada di posisi set-piece bertahan. Bersama Puyol di pertahanan tengah Sepanyol, Ramos berjaya menakluk eropah dan dunia dari tahun 2008 sehingga 2012.

John Terry, Chelsea, Pertahanan

Terry meraikan kejayaan menyailang Bridge
Terry meraikan kejayaan menyailang Bridge

Tidak dapat dinafikan lagi John Terry adalah pemain pertahanan terbaik yang pernah bermain di England. Pernah mengetuai England dan masih mengetuai Chelsea, Terry mempunyai fizikal yang tegap dan kuat dan sering menang dalam perebutan bola set-piece sama ada menyerang atau bertahan. Walaupun telah ‘menyailang’ isteri kawannya, Wayne Bridge, Terry masih dihormati di kalangan pemain dan peminat bola sepak di England.

Nemanja Vidic, Internazionale, Pertahanan

Lagenda di Old Trafford
Lagenda di Old Trafford

Nemanja Vidic – satu nama yang cukup popular di Manchester. Vidic pernah menjadi kapten Manchester United selama 6 tahun sebelum dijual ke Inter Milan di saat Louis Van Gaal mula mengambil alih pejabat pengurus pasukan United. Sering mencabar bola dari pihak lawan membuatkan kerap menerima kecederaan di bahagian muka – paling diingati apabila mukanya pecah dirodok kasut Didier Drogba dalam perlawanan United-Chelsea beberapa tahun lalu. Kerana kekuatannya juga memudahkan kerja Rio Ferdinand yang menjadi benteng kedua terakhir Manchester United dan gandingan ini telah membawa banyak trofi ke Old Trafford.

Giorgio Chiellini, Juventus, Pertahanan

chi-091f5

Kanak-kanak yang baru mengenali bola sepak mungkin tidak mengenali Chiellini. Tinggi, tegap dan pantas – ciri yang membuatkan Chiellini sangat sukar ditumpaskan. Pemain ini juga mempunyai kemampuan untuk membaca permainan – satu ciri yang amat penting bagi seorang pertahanan. Selain itu, Chiellini adalah seorang pemegang Ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi, dan ini menjelaskan kenapa pemain ini pandai membaca permainan.

George Elokobi, Colchester United, Pertahanan

elokobi
Gerun..

Banyak menghabiskan keriernya di liga bawahan, ramai yang tidak mengenali Elokobi yang kini bermain dengan Colchester United, kelab di mana dia memulakan kerienya. Bagaimanapun, Elokoni pernah bermain di Liga Perdana Inggeris pada musim 2009 sehingga 2011 bersama Wolvehampton Wanderes, di bawah kendalian Mick McCarthy. Selepas dua misim tersebut, Elokobi hilang rentak dan mula dipinjamkan ke Nottingham Forest dan Bristol City sebelum menyertai Oldham United secara kekal.

Adebayo Akinfewa, Wimbledon AFC, Penyerang

Lagi gerun.........
Lagi gerun………

Jarang ada pemain yang mempunyai berat melebihi 100kg dan Akinfewa adalah salah seorang darinya. Pernah menjadi seorang muslim ketika kecil, Akinfewa mampu mengangkat beban seberat 200kg, kira-kira dua kali ganda beratnya. Walaupun berbadan besar, peminat Liverpool ini juga mempunyai bakat menjaringkan gol di mana dia telah menjaringkan 151 gol dalam 446 perlawanan walaupun peringkat tertinggi kariernya adalah sekadar Football League 1. Walau bagaimanapun, dia telah membuktikan bahawa saiz badan dan berat bukanlah penghalang dalam bola sepak.

Hulk, Zenith St. Petersburg, Penyerang

Hulk pernah menendang bola sehingga pecah
Hulk pernah menendang bola sehingga pecah

Hulk atau nama penuhnya Givanildo Vieira de Sousa ialah pemain penyerang bagi Brazil dan Zenith St Peterburg di liga Russia. Hulk mendapat namanya ketika bermain di liga Jepun, mewakili Tokyo Verdy. Jersi Tokyo Verdy berwarna hijau dan apabila Hulk yang sasa beraksi cemerlang menyarung jersi pasukan tersebut, dia terus mendapat gelaran Hulk. Bersesuaian dengan nama, Hulk seorang yang mempunyai agility yang tinggi. Setiap kali Hulk dapat melepaskan rembatan, para penjaga gol pasti akan segera memejam mata ketakutan dek kelajuan bola hasil kekuatan sepakan Hulk. Lihat video di bawah, bola pecah di sepak Hulk. Kalau dia rembat telur pemain kompem meninggal.


Download aplikasi The Sukan di Google Play