The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Senarai 10 Kereta Mewah Pemain Bola Sepak Dunia

Encik Bakri pada June 9, 2015

Umum sedia maklum bahawa bintang bola sepak dunia merupakan antara atlet yang menerima bayaran yang lumayan dan bukan satu kejutan apabila mengetahui bahawa pendapatan mereka berjuta-juta ringgit sebulan. Bola sepak merupakan satu sukan yang penuh keghairahan dan memberahikan bagi pemain dan penonton. Senarai di bawah merupakan senarai kereta mewah pemain handalan dunia dan harga kereta mereka.

Senarai ini versi senarai lama. Senarai baru akan menyusul.

10. Nani – Lamborghini Gallardo LP 550-2 – $137,000 (RM 742,000)

Luis-Nani-car

Pemain sayap Manchester United yang kini beaksi bersama Valencia memiliki Lamborghini Gallardo LP 550-2 yang berharga $137K. Bagi yang tidak mengenali Nani, gambar diatas merupakan gambar beliau bersama kereta mewahnya dan bukan gambar pekerja stesen minyak.

9. Arda Turan – Mercedes-Benz SLS AMG – £145,000 (RM 786,000)

arda-turan-1024x678

Bintang Atletico Madrid dan skuad kebangsaan Turki Arda Turan memilik Mercedes Benz SLS AMG berwarna hitam yang bernilai £145K. Pemain ini kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain selepas Athletico Madrid memenangi gelaran liga beberapa tahun lepas.

08. Didier Drogba – Mercedes AMG SL65 – $150,000 (RM 813,000)

Didier

Drogba pemain yang kembali beraksi bersama Chelsea ini setelah bermain di Galatasaray. Kepulangan Drogba ke Chelsea boleh di ibaratkan satu kepulangan yang romantik kerana beliau kembali bergandingan dengan Jose Mourinho pengurus yang menaikkan nama beliau yang membolehkan beliau menjadi antara pemain yang menerima gaji yang tinggi di Liga.

7. Wayne Rooney – Aston Martin Vanquish S – £150,000 (RM 813,000)

Wayne-Rooney-Aston-Martin

Penyerang pasukan kebangsaan England dan Manchester United ini merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi di Liga Perdana Inggeris dengan bayaran £300,000 seminggu. Dengan bayaran sebanyak itu Rooney mampu untuk membeli kereta yang lebih mewah tetapi beliau sekadar memiliki Austin Martin Vanquish S yang bernilai £150K.

6. Jermaine Pennant (Chrome Aston Martin DBS) – £170,000 (RM 922,000)

penant-1024x615

Jika anda peminat BPL anda mungkin mengenali Jermain Pennant ini. Pemain yang pernah bermain bersama pasukan Arsenal, Birmingham City, Liverpool, Real Zaragoza, Stoke City dan kelab terkini adalah Wigan Athletic.

5. Frank Lampard – Ferrari 458 – £200,000 (RM 1,084 000)

Frank-Lampard

Bekas pemain lagenda Chelsea dan pemain kebangsaan England yang kini beraksi bersama seteru utama kelab lamanya Manchester City memiliki sebuah kereta mewah Ferrari 458 yang berharga £200K.

4. Obafami Martins – N50M Lamborghini – £250,000 (RM 1,350 000)

martin

Bekas pemain Newcastle ini merupakan salah seorang atlet terkaya di Nigeria. Martins memiliki Lamborghini N50M yang bernilai £250K. Pemain yang banyak berkelana di pelbagai negara seperti Itali, England, Rusia, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Kelab terkini beliau adalah Seattle Sounders.

3. David Beckham – Rolls Royce Phantom – £350,000 (RM 1,900 000)

DavidBeckham

David Beckham nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam arena bola sepak dunia. Mempunyai lebih daripada 20 buah kereta mewah dari pelbagai jenama seperti Ferrari, Bugati, Audi dan Range Rover. Suami kepada Victoria bekas ahli kumpulan Spice Girl ini juga mempunyai koleksi motorsikal Harley-Davidson dan Ducati.

2. El Hadji Diouf – The Mercedes-Benz SLR McLaren – £420,000 (RM 2,270 000)

el-hadji-diouf-mercedes-benz-slr-mclaren

El Hadji Diouf pemain yang penuh kontroversi dan tersenarai di dalam “the most ugliest card of footballers” keranan mempunyai kegemaran meludah pemain lawan dan penyokong tetapi memiliki sebuah kereta mewah Mercedes-Benz SLR McLaren yang bernilai £420K. Beliau pernah beraksi di Malaysia Super League bersama pasukan Sabah. Di Malaysia mungkin Diouf hanya memandu Perodua Kancil.

1. Cristiano Ronaldo – LaFerrari 2014 Model – £2,000 000 (RM 11,000 000)

CR7
Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain termahal dunia sememangnya layak untuk memiliki salah satu daripada 499 buah kereta LaFerrari yang ada di muka bumi ini. Sehingga hari ini, LaFerrari merupakan kereta paling mahal yang pernah dibeli oleh pemain bola sepak.(setakat artikel ini di tulis)


Download aplikasi The Sukan di Google Play