Senarai 10 Kelab Eropah Yang Mempunyai Paling Ramai Pengikut Di Media Sosial

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Kelab Eropah manakah Juara dengan mempunyai paling ramai pengikut atau follower di media sosial? Media sosial yang di maksudkan hanya merangkumi laman Facebook, Instagram dan Twitter rasmi kelab sahaja.

Sepatutnya ada 10 kelab sahaja kerana Encik Jimie, AC Milan wajib dimasukkan. Apa Khabar Encik Jimie? Done sahur? Selamat berpuasa.

Berikut kami lampirkan senarai pengikut teramai di media sosial bagi tahun 2017 setakat artikel ini ditulis.

11. AC Milan – 32.7 Juta Pengikut

Encik Jimie Sedang Mengajar Apa Itu Bola Sepak Sebenar. Photo : fb.com/ACMilan

Instagram – 3.2 juta

Facebook – 24.8 juta

Twitter – 4.7 juta

Populariti AC Milan naik secara mendadak di Malaysia ekoran kehadiran seorang anak Malaysia yang bernama Encik Jimie menabur bakti disini. AC Milan juga dalam usaha mengembalikan kegemilangan mereka dengan pemilik baru dan kembali bermain di Eropah.

Terima kasih kepada Encik Jimie atas sumbangan anda. Kami sangat berbangga.

10. Manchester City – 33.9 Juta Pengikut

Photo : fb.com/mancity

Instagram – 4.8 juta

Facebook – 24.8 juta

Twitter – 4.3 juta

Manchester City membuktikan bahawa seguni duit boleh menjaringkan gol. Dengan kehadiran Guardiola mereka tampak serius musim ini tetapi gagal meraih sebarang piala.

9. Juventus – 38.5 Juta Pengikut

Photo : fb.com/Juventus

Instagram – 6.9 juta

Facebook – 27.2 juta

Twitter – 4.4 juta

Juara Serie A 6 kali berturut-turut ini tawadduk untuk berada di tempat ke-9. Jika Pogba tidak dijual mungkin pengikut di Instagram akan lebih ramai.

8. Paris Saint-Germain – 41.3 Juta Pengikut

Photo : fb.com/PSG

Instagram – 8 juta

Facebook – 28.8 juta

Twitter – 4.5 juta

Paris Saint-Germain mempunyai agak ramai pengikut di Twitter walaupun menggunakan bahasa Perancis. Pemergian Zlatan sedikit merencatkan prestasi PSG musim ini dan diharap tidak mengalami trauma dengan kebangkitan Barcelona.

7. Liverpool – 41.3 Juta Pengikut

Photo : fb.com/LFCMalaysiaOfficial

Instagram – 4.1 juta

Facebook – 29.8 juta

Twitter – 7.4 juta

Kelab lagenda penuh bersejarah dan pasukan bakal juara ini berada di tempat ke-7 dengan 41.3 juta pengikut. Mungkin faktor usia penyebab Liverpool kurang pengikut berbanding pasukan diatas.

Ramai penyokong Liverpool terdiri dari lelaki dewasa dan matang.

6. Bayern Munich – 55.7 Juta Pengikut

Photo : fb.com/fcbayern.en

Instagram – 10 juta

Facebook – 42.1 juta

Twitter – 3.6 juta

Juara Bundesliga yang selesa muncul juara setiap tahun sekadar ditangga ke-6.

5. Arsenal – 57.4 Juta Pengikut

Photo : fb.com/Arsenal

Instagram – 9.5 juta

Facebook – 38 juta

Twitter – 9.9 juta

Sangat kena kedudukan Arsenal ini, sama dengan kedudukannya musim ini di liga. Wenger membawa perubahan besar kepada Arsenal selepas 20 tahun apabila bermain di Europa League.

4. Chelsea – 66 Juta Pengikut

Photo : fb.com/ChelseaFC

Instagram – 9.4 juta

Facebook – 48 juta

Twitter – 8.6 juta

Juara EPL musim 2016/17 ini mempunyai pengikut seramai 66 juta orang. Mengikut cerita mulut ke mulut kebanyakkan pengikut dan penyokong Chelsea mula disedari kewujudan mereka sejak tahun 2004.

3. Manchester United – 102.5 Juta Pengikut

Photo : fb.com/manchesterunited

Instagram – 17.8 juta

Facebook – 73.5 juta

Twitter – 11.2 juta

Kelab paling ramai pengikut di England ini mempunyai 102.5 juta pengikut sekadar berada di tangga ketiga. Mengalami prestasi yang terumbang-ambing sejak pemergian Sir Alex Ferguson tetapi masih ada piala yang dijulang terutamanya musim ini.

2. Barcelona – 173.7 Juta Pengikut

Photo : fb.com/fcbarcelona

Instagram – 50.3 juta

Facebook – 102.1 juta

Twitter – 21.3 juta

Pasukan gergasi Sepanyol di tempat kedua dengan jumlah pengikut seramai 173.7 juta. Barcelona dibarisi trio terhebat mereka terutamanya Messi, Suarez dan Neymar(MSN). Dengan kejayaan mereka kecapi dalam tempoh 10 tahun ini seiring dengan perkembangan media sosial yang ada tidak mustahil Barca mempunyai pengikut ramai.

1. Real Madrid – 175.8 Juta Pengikut

Photo : fb.com/RealMadrid

Instagram – 49.7 juta

Facebook – 102.6 juta

Twitter – 23.5 juta

Dengan rekod 3 kali mara ke final Champions League dalam tempoh 4 tahun dan dua kali menjulang kejohanan terulung Eropah ini tidak dapat dinafikan kenapa Real Madrid mempunyai pengikut paling ramai di media sosial.

Nilai komersial yang ada pada Cristiano Ronaldo sahaja cukup untuk menarik minat netizen untuk menjadi follower.