Senarai 10 Kelab Eropah Yang Mempunyai Paling Ramai Pengikut Di Media Sosial

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Kelab Eropah manakah Juara dengan mempunyai paling ramai pengikut atau follower di media sosial? Media sosial yang di maksudkan hanya merangkumi laman Facebook, Instagram dan Twitter rasmi kelab sahaja.

Sepatutnya ada 10 kelab sahaja kerana Encik Jimie, AC Milan wajib dimasukkan. Apa Khabar Encik Jimie?

Berikut kami lampirkan senarai pengikut teramai di media sosial bagi tahun 2017 setakat artikel ini ditulis pada 3 Oktober 2017.

11. AC Milan - 34.4 Juta Pengikut

Populariti AC Milan naik secara mendadak di Malaysia ekoran kehadiran seorang anak Malaysia yang bernama Encik Jimie menabur bakti disini. AC Milan juga dalam usaha mengembalikan kegemilangan mereka dengan pemilik baru dan kembali bermain di Eropah.

Terima kasih kepada Encik Jimie atas sumbangan anda. Kami sangat berbangga.

Encik Jimie Sedang Mengajar Apa Itu Bola Sepak Sebenar. Photo : fb.com/ACMilan

Instagram - 3.7 juta

Facebook - 24.8 juta

Twitter - 5.9 juta

10. Manchester City - 37.5 Juta Pengikut

Manchester City membuktikan bahawa seguni duit boleh menjaringkan gol. Dengan kehadiran Guardiola mereka tampak serius musim ini tetapi gagal meraih sebarang piala.

Photo : fb.com/mancity

Instagram - 5.4 juta

Facebook - 27.1 juta

Twitter - 5 juta

9. Juventus - 43.3 Juta Pengikut

Juara Serie A 6 kali berturut-turut ini tawadduk untuk berada di tempat ke-9. Jika Pogba tidak dijual mungkin pengikut di Instagram akan lebih ramai.

Photo : fb.com/Juventus

Instagram - 8 juta

Facebook - 30 juta

Twitter - 5.3 juta

8. Liverpool - 43.7 Juta Pengikut

Kelab lagenda penuh bersejarah dan pasukan bakal juara ini berada di tempat ke-8 dengan 43.7 juta pengikut. Mungkin faktor usia penyebab Liverpool kurang pengikut berbanding pasukan diatas.

Ramai penyokong Liverpool terdiri dari lelaki dewasa dan matang.

Photo : fb.com/LFCMalaysiaOfficial

Instagram - 4.8 juta

Facebook - 30.2 juta

Twitter - 8.7 juta

7. Paris Saint-Germain - 47.2 Juta Pengikut

Paris Saint-Germain mempunyai agak ramai pengikut di Twitter walaupun menggunakan bahasa Perancis. Pemergian Zlatan sedikit merencatkan prestasi PSG musim ini dan diharap tidak mengalami trauma dengan kebangkitan Barcelona.

Kehadiran Neymar nyata melonjakkan pengikut PSG di laman sosial ini. Pada Mei jumlah pengikut PSG lebih sedikit dari Liverpool kini mereka telah berada di atas Liverpool.

Neymar effect!

Photo : fb.com/PSG

Instagram - 9.9 juta

Facebook - 31.8 juta

Twitter - 5.5 juta

6. Bayern Munich - 58.6 Juta Pengikut

Juara Bundesliga yang selesa muncul juara setiap tahun sekadar ditangga ke-6.

Photo : fb.com/fcbayern.en

Instagram - 11 juta

Facebook - 43.6 juta

Twitter - 4.0 juta

5. Arsenal - 59.8 Juta Pengikut

Sangat kena kedudukan Arsenal ini, sama dengan kedudukannya musim ini di liga. Wenger membawa perubahan besar kepada Arsenal selepas 20 tahun apabila bermain di Europa League.

Photo : fb.com/Arsenal

Instagram - 10.2 juta

Facebook - 38 juta

Twitter - 11.6 juta

4. Chelsea - 68.5 Juta Pengikut

Juara EPL musim 2016/17 ini mempunyai pengikut seramai 68.5 juta orang. Mengikut cerita mulut ke mulut kebanyakkan pengikut dan penyokong Chelsea mula disedari kewujudan mereka sejak tahun 2004.

Photo : fb.com/ChelseaFC

Instagram - 10.2 juta

Facebook - 48 juta

Twitter - 10.3 juta

3. Manchester United - 108 Juta Pengikut

Kelab paling ramai pengikut di England ini mempunyai 108 juta pengikut sekadar berada di tangga ketiga. Mengalami prestasi yang terumbang-ambing sejak pemergian Sir Alex Ferguson tetapi masih ada piala yang dijulang terutamanya musim ini.

Kini Manchester United seakan sudah kembali menjadi setan merah.

Photo : fb.com/manchesterunited

Instagram - 19.3 juta

Facebook - 73.9 juta

Twitter - 14.8 juta

2. Barcelona - 179.8 Juta Pengikut

Pasukan gergasi Sepanyol di tempat kedua dengan jumlah pengikut seramai 179.8 juta. Barcelona dibarisi trio terhebat mereka terutamanya Messi, Suarez dan Neymar(MSN) pada musim lalu.

Dengan kejayaan mereka kecapi dalam tempoh 10 tahun ini seiring dengan perkembangan media sosial yang ada tidak mustahil Barca mempunyai pengikut ramai.

Photo : fb.com/fcbarcelona

Instagram - 52.3 juta

Facebook - 103.5 juta

Twitter - 24 juta

1. Real Madrid - 185.4 Juta Pengikut

Dengan rekod 3 kali mara ke final Champions League dalam tempoh 4 tahun dan tiga kali menjulang kejohanan terulung Eropah ini tidak dapat dinafikan kenapa Real Madrid mempunyai pengikut paling ramai di media sosial.

Dengan kejuaraan berganda pengikut Facebook Real Madrid meningkat hampir 4 juta. Pada bulan Mei hanya 102.6 juta dan kini sudah mencecah 106 juta pengikut.

Nilai komersial yang ada pada Cristiano Ronaldo sahaja cukup untuk menarik minat netizen untuk menjadi follower.

Photo : fb.com/RealMadrid

Instagram - 52.9 juta

Facebook - 106 juta

Twitter - 26.5 juta




Paparkan Komen