The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Selepas Tidak Jadi Tarik Diri Kelantan Lantik Zahasmi Ismail Sebagai Jurulatih

Encik Bakri pada December 2, 2016

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang kini bergelut dengan masalah kewangan telah menzahirkan hasrat untuk menarik diri dari Liga Malaysia tetapi menarik kembali keputusan itu telah melantik Zahasmi Ismail Sebagai Jurulatih baru.

Datuk Seri Afandi Hamzah, Pemangku Presiden KAFA berkata 22 pemain sudah didaftarkan minggu ini mengikut segala terma dan syarat yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beban yang berat bakal dihadapai Zahasmi.

Walaubagaimanapun atas semangat ‘sek kito jange pecoh’ Zahasmi yakin Kelantan mampu bersaing dalam Liga Malaysia musim depan. Untuk rekod Zahasmi pernah menjadi jurulatih sementara Kelantan pada penghujung 2015 sebelum K.Devan mengambil alih.

“Saya yakin mereka boleh memberikan tentangan kepada pasukan lain walaupun terdapat segelintir pemain lama berhijrah menyertai pasukan lain.

Zahasmi yang dilantik menggantikan Popov juga yakin dengan senarai pemain yang sedia ada.

“Pemain sedia ada sebelum ini pernah bekerjasama dengan saya. Jadi, ia tidak menjadi masalah besar kepada saya untuk membentuk pasukan,” katanya.

Untuk musim 2016, Zahasmi telah melatih pasukan MOF FC.

Baca : Zahasmi Ismail – Penyelamat The Red Warriors?


Download aplikasi The Sukan di Google Play