Selepas Ronaldo Arca Bale Pula Menjadi Bahan Lawak

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Masihkah anda ingat dengan arca kepala Cristiano Ronaldo yang diletakkan di Lapangan Terbang Madeira Portugal? Arca tesebut menjadi bahan hiburan ramai terutama di Twitter kerana arca tersbut "tersangat mirip" dengan rupa Ronaldo.

Kini pengukir yang sama, Emanuel Santos kembali dan diupah untuk menghasilkan arca seorang lagi bintang Real Madrid yang juga rakan sepasukan Ronaldo, Gareth Bale. Dan seperti sebelum ini hasilnya sangat mengagumkan.

Kacak Bukan? Gambar : reggionotizie.com

Hasil seni kepala Bale itu akan dipamerkan sempena perlawanan akhir Liga Juara Eropah, Real Madrid menentang Juventus yang akan dilangsungkan di tanah air Bale, Wales. Ukiran itu akan dipamerkan di National Stadium of Wales.

"Saya menjadi sedikit terkenal sejak saya mengukir arca Ronaldo, di mana orang ramai memberitahu saya bahawa hasil kerja saya mampu membuatkan mereka tersenyum" Kata Santos kepada ESPN dengan riang.

"Mungkin saya kan buat lagi satu untuk melakukan hatrik sebagaimana yang digelar dalam bola sepak" tambah Santos lagi.

Jawapan Emanuel Santos ni dah macam kaki troll. Lihat bagaimana proses arca Bale di buat.

Paddy Power merupakan pihak yang bertanggungjawab mengupah Emanuel Santos untuk membuat tugu Bale.

Reaksi Di Twitter

Inilah antara reaksi di Twitter.

Sumber : ESPN, The Field.




Paparkan Komen