The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Selepas Messi dan Javier Mascherano, Neymar Pula Bakal Dihukum Penjara 2 Tahun

Encik Bakri pada November 26, 2016

Pendakwaraya Sepanyol cuba untuk menghantar Neymar ke penjara selama 2 tahun kerana terlibat dalam perkara yang boleh menjatuhkan negara, iaitu rasuah semasa perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona pada tahun 2013.

Pada awal tahun ini rakan sepasukan Neymar, Lionel Messi telah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan kerana terlibat dalam kes penipuan cukai. Messi bagaimanapun telah membuat rayuan ke atas hukuman yang diterima.

Selain penjara, Neymar juga bakal dikenakan denda jutaan ringgit diats tuduhan itu. Pendakwaraya juga meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara selama 2 tahun kepada Neymar Sr.(bapa Neymar) dan setahun kepada Nadine da Silva(Ibu Neymar).

jail
BarJailona

Hakim Jose Perals, membuat permintaan untuk menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada bekas Presiden Barcelona Sandro Rosell dan Barcelona didenda sebanyak RM39.34 juta(£7.1m) serta tuduhan keatas Josep Maria Bartomeu iaitu Presiden sekarang digugurkan.

Barcelona telah dilanda masalah perundangan kerana perpindahan Neymar pada 2013. Rosell meletak jawatan pada 2014 kerana memainkan peranan dalam skandal ini dan telah memberi keterangan di mahkamah pada bulan Febuari bersama Bartomeu, Neymar serta bapanya.

Pada bulan Jun lalu, Barcelona telah mencapai persetujuan dengan pendakwaraya untuk menyelesaikan satu kes berasingan dan telah membayar denda sebanyak RM26.04 juta(£4.7m) untuk mengelakkan perbicaraan atas tuduhan mengelak cukai dalam perpindahan.

Barca menyangka pertuduhan kes ini telah ditutup apabila hakim Jose de la Mata telah mengarkibkan kes ini pada bulan Jun. Walaubagaimanapun pada bulan September Pendakwaraya Awam Sepanyol telah berjaya menukar keputusan itu membolehkan kes ini di teruskan.

Kes ini bermula apabila aduan telah dibuat oleh Brazilian investment group DIS, yang memiliki 40 peratus daripada hak perpindahan Neymar dan mendakwa telah menerima bayaran yang kurang daripada yang sepatutnya susulan perpindahan tersebut.

Neymar dijangka tidak akan menjalani hukuman penjara jika disabitkan bersalah kerana di bawah undang-undang Sepanyol mana-mana hukuman selama dua tahun atau kurang boleh menggantung hukuman tersebut dengan syarat dalam tempoh pengantungan itu mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Perkara sama telah berlaku kepada Messi dan Javier Mascherano(penjara 12 bulan)yang telah menggantung hukuman tersebut dan bermain bola dengan riang ria serta bahagia.