The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Sekiranya Singapura Masih Bersama Persekutuan Malaysia, Mampukah Kita Mencabar Bola Sepak Asia?

Eikrem pada November 16, 2016

Singapura telah keluar daripada persekutuan Malaysia pada tahun 1965 dan menjadi sebuah negara republik dan dari perspektif bola sepak, Malaysia dan Singapura menjadi pesaing yang kerap kali berentap untuk membuktikan ketuanan masing-masing di peringkat Asia Tenggara.

Namun, pernahkah kita terfikir, sekiranya Singapura masih lagi di bawah Malaysia, bagaimana kemungkinan kesebelasan utama pada hari ini?

Berikut adalah padangan penulis.

Penjaga gol : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)

apek
Sumber gambar : The Star

Walaupun sudah mula menunjukkan perut yang sedikit naik, Apek masih lagi boleh diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik antara kedua-dua negara. Lompatan Apek yang tinggi serta reflek yang cepat mengekalkannya sebagai penjaga gol di dalam kelasnya tersendiri.

Pertahanan kanan : Rizal Ghazali (Kedah FA)

Sumber gambar :
Sumber gambar : Berita Harian

Meskipun hanya mula dikenali pada musim ini, anak buah Tan Cheng Hoe ini dipilih berdasarkan prestasinya bersama Kedah. Dia mempunyai kemampuan untuk mengawal bola dengan baik di samping selalu membuat larian serangan sampai ke kotak penalti pihak lawan.

Pertahanan tengah kanan : Aidil Zafuan (JDT) – Kapten

aidil
Sumber gambar : Goal.com

Meskipun telah bersara dari mewakili Malaysia, Aidil masih lagi boleh dianggap sebagai pertahanan tengah terbaik negara. Kelajuan, kemahiran mencabar bola di udara dan membaca perlawanan memisahkan Aidil daripada pemain pertahanan tengah yang lain. Lagi pula, Aidil mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol menerusi tendangan percuma.

Pertahanan tengah kiri : Baihakki Khaizan (JDT II)

baihakki
Sumber gambar : tnp.sg

Meskipun bermain di liga divisyen dua Malaysia, kemampuan Baihakki tidak perlu dipersoalkan lagi. Mempunyai ketinggian 190cm, Baihakki cukup dominan dalam perebutan bola di udara. Kemampuannya membaca permainan merupakan satu bonus tambahan buat pemain yang berusia 32 tahun ini.

Pertahanan kiri : Hafiz Abu Sujad (Tampines Rovers)

hafiz-sujad
Sumber gambar : theurbanwire.com

Kelajuan adalah satu faktor kehebatan pemain ini, di samping kemampuan untuk mengawal bola dengan bagus ketika dalam larian. Kaki kiri yang dominan membuatkan pemain ini pernah digelar Ryan Giggs Singapura dan sering juga diletakkan di posisi pemain sayap. Pada tahun ini, kecemerlangannya meletakkan namanya sebagai satu-satunya pemain tempatan daripada empat calon pemain terbaik tahunan untuk liga Singapura.

Pemain tengah bertahan : Harris Harun (JDT)

hariss
Sumber gambar : Four Four Two

Fizikal yang sasa, keupayaan merencana permainan dari ‘deep’ secara automatik meletakkan namanya dalam senarai ini. Bersama JDT beliau cukup konsisten dan boleh dilabelkan sebagai Claude Makalele versi Singapura. Gaya permainannya agak keras – sesuatu yang diperlukan oleh pemain di posisinya.

Pemain tengah bertahan : Brendan Gan (Kelantan)

brendan
Sumber gambar : Twitter

Jika tidak dilanda kecederaan yang kerap, Brendan pastinya akan tercalon sebagai antara pemain terbaik Liga Super Malaysia untuk setiap musim. Brendan mempunyai stamina kuda yang membolehkannya bermain sebagai pemain ‘box-to-box’ yang bagus. Dia juga mempunyai kemampuan dari segi rembatan kencang dan kemahiran menjaringkan gol.

Pemain tengah menyerang : Safiq Rahim (JDT)

NSTP
Sumber gambar : Four Four Two

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Safiq Rahim adalah pemain tengah yang paling kreatif di Liga Super Malaysia. Pakar tendangan percuma, mampu membuat hantaran tepat baik jauh atau dekat menjadikannya sering terlibat dalam jaringan yang dihasilkan JDT. Namun prestasinya bersama JDT gagal diterjemahkan bersama pasukan kebangsaan, sekaligus membuatkan pemain ini bersara dari mewakili pasukan kebangsaan pada usia yang masih muda.

Sayap kanan : Safwan Baharudin (PDRM)

safuwan
Sumber gambar : Four Four Two

Memulakan karier sebagai pemain pertahanan, Safwan kerap digunakan di bahagian serangan bersama PDRM. Penulis pernah melihat Safwan bermain secara langsung, ternyata larian deras dan rembatan tepat menjadi aset utama pemain tinggi lampai ini. Selain itu, Safwan juga boleh dikatakan pakar dalam membuat larian tanpa bola (off the ball run) untuk memudahkan rakan sepasukan untuk membuat hantaran.

Sayap kiri : Hadin Azman (Felda United)

hadin
Sumber gambar : Four Four Two

Pasti ramai yang terkejut dengan penyenaraian Hadin dalam senarai ini. Memulakan karier bola sepak professionalnya bersama Harimau Muda B, Hadin menarik minat JDT untuk meberikan peluang kepadanya bermain bersama barisan bintang di Malaysia. Namun detik buruk berlaku apabila Hadin dikatakan mencuri wang rakan sepasukan di bilik persalinan dan menyebabkan dia dibuang dari pasukan. Mujur ada Felda, yang memberikannya peluang untuk membuktikan bakatnya di bawah bimbingan Irfan bakti.

Penyerang : Khairul Amri (Young Lions)

amri
Sumber gambar : Alchetron

Pada usia 31 tahun, Khairul Amri telah mewakili negaranya lebih dari 110 kali, dengan 31 gol telah dijaringkan, sekaligus meletakkannya antara yang terbaik dari Kota Singa. Kelebihan Amri bukan sekadar menjaringkan gol, malah dia juga mempunyai larian yang pantas selain pandai mencari ruang untuk memudahkan rakan menghantar bola, sekaligus mencipta peluang untuk menjaringkan gol.