The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Scott Ollerenshaw : Shebby Penipu!

Encik Bakri pada November 29, 2016

Scott Ollerenshaw bekas pemain bola sepak Sabah dan merupakan antara pemain import yang berjaya di Malaysia telah melabel Shebby Singh sebagai penipu dan hanya pandai bercakap kerana itulah beliau disingkir dari JDT.

Melalui tulisannya di laman sesawang Fourth Official, Scott Ollerenshaw membidas kembali kenyataan Shebby yang dianggap keras dan kejam keatas pasukan Malaysia dan Darren Lok yang bakatnya dikesan serta diuruskan oleh beliau.

Shebby Singh Penipu!

Selepas jodoh Shebby berakhir bersama Blackburn, Shebby telah menyertai JDT tetapi TMJ cepat menghidu sikap beliau yang hanya pandai bercakap.

“Tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk DYAM Tunku Mahkota Johor mengetahui bahawa Shebby hanya pandai bercakap sahaja dan Shebby kemudiannya merupakan satu sejarah lama di JDT pada tahun 2015.

Ollerenshawa juga menyatakan Shebby mungkin boleh menipu pihak produksi tetapi tidak boleh menipu beliau dan peminat bola sepak.

“Sejak itu Shebby telah kembali ke zon selesa untuk menjadi seorang pakar bola sepak di Fox Sports. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, dari perspektif penerbit beliau adalah seorang yang hebat dalam bidangnya & selamat maju jaya untuk beliau kerana berjaya memalsukan kerjaya sebagai seorang pakar bola sepak yang cemerlang.

“Erti kata lain, beliau tidak boleh menipu saya atau peminat bola sepak dengan sikapnya. Semua orang yang mempunyai latarbelakang bola sepak boleh bercakap tentang corak permainan yang bagus dan memberitahu tentang sesuatu yang tidak menarik menjadi lebih menarik tetapi saya tidak iri hati dengan kejayaan seseorang.

“Namun saya akan jadikannya satu isu apabila saya percaya terdapat agenda untuk menjatuhkan seorang pemuda yang tidak bersalah. Apabila seseorang di bawah bimbingan saya telah dilayan secara tidak adil, saya akan berjuang dan mempertahankan pendirian saya dan saya tidak berasa bersalah untuk itu.

Perang jangan tak perang.

Baca juga : Shebby memalukan!