The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Sazali Samad Positif Ujian Doping Guna Steroid

Encik Bakri pada December 16, 2015

KUALA LUMPUR : Sazali Samad Positif Ujian Doping Menggunakan Steroid. Teka-teki mengenai siapa atlet bina badan yang positif ujian doping akhirnya terjawab.

Juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Sazali Samad dilihat hadir di depan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bina Badan Malaysia (MBBF) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, sebentar tadi.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bina Badan Malaysia (MBF) hari ini memanggil juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Sazali Samad berhubung isu doping.

Sazali hadir di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sg Besi bagi membela diri berkenaan laporan positif menggunakan steroid yang berdepan pergantungan selama empat tahun berdasarkan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Atlet yang mula berkecimpung dalam sukan bina badan pada tahun 1987 ini didapati positif ujian Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas.