The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

“Saya Berjanji Akan Membunuh Korupsi FAM” – TMJ

Syafiq Freman pada October 27, 2016

Selepas beberapa bulan Tunku Mahkota Johor (TMJ) seolah-olah ingin membiarkan FAM dengan hal mereka, kini seperti api yang membara, TMJ bangkit bersuara menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers berjanji akan menentang korupsi FAM. Ini berikutan kontroversi Pahang FC yang memperoleh 3 mata percuma dan seterusnya terselamat dari penyingkiran di Liga Super untuk musim hadapan.

“..Soalan saya adalah berkaitan statut FAM yang jelas menyatakan 72 jam selepas perlawanan tidak boleh ada apa-apa protes, kenapa pula Jawatankuasa Tatatertib (Disciplinary Board) FAM memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan keputusan iaitu Pahang mendapat tiga (3) mata percuma selepas dua bulan?”

Kontroversi bermula apabila FAM hanya memutuskan keputusan Pahang FC memperoleh mata percuma selepas liga berakhir dan bukannya semasa liga masih berjalan.