The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

“Say No To Long Ball Bodoh” KJ

Encik Bakri pada June 18, 2015

KUALA LUMPUR: Susulan kekalahan memalukan Malaysia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Bukit Jalil semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) antara yang lantang melaungkan rasa tidak puas hati dengan persembahan longlai Harimau Malaya.

Di akaun Twitter miliknya, Khairy memuat naik status berbunyi

“10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh.”

Ia dikatakan sebagai satu kritikan keras terhadap gaya permainan skuad kebangsaan yang cenderung menggunakan corak hantaran jauh.

Khairy turut meluahkan kekecewaannya apabila corak hantaran jauh yang tidak mempunyai ‘purpose’ atau tujuan dilihat menjadi DNA atau asas dalam corak permainan pasukan sejak sekian lama.

Luahan KJ itu nampaknya mendapat sokongan dalam kalangan netizen yang bersetuju bahawa pasukan bola sepak negara sepatutnya memfokus kepada corak hantaran pendek dan mempelajari cara kawalan bola yang baik.