The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Sarawak Ikat 6 Pemain Baru Untuk Musim 2016

Encik Bakri pada December 19, 2015

SARAWAK ikat 6 pemain baru untuk musim 2016 yang terdiri empat pemain tempatan dan dua pemain import, menyertai skuad Bujang Senang bagi menghadapi saingan kempen Liga Malaysia 2016.

Empat muka baru itu adalah Syarul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A), Mohd Shahril Saari (T-Team), Mohd Akmal Mohd Noor (NS Matrix) dan Gurusamy Govandar Kandasamy (Selangor).

Dua lagi pemain adalah penyerang import Kelantan dari Brazil, Gilmar Jose Da Silva dan Makeche Ndumba dari Australia yang bersama KL Felda United musim lalu.

sarawak-ikat-6-pemain-baru-untuk-musim-2016
Gambar : Dunia Sukan

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Abu Bakar Marzuki, berkata baki dua slot import asing belum diisi dan akan berbincang dengan pengurusan FAS untuk urusan pengambilan pemain import baru.

“Kami mempunyai banyak pilihan pemain import dan perlu mendapatkan yang terbaik untuk melihat keserasian dalam kalangan pemain bagi memantapkan pasukan,” katanya selepas sesi memperkenalkan pemain baharu pasukan itu.

Abu juga berharap Sarawak terus mantap dan mampu memberi saingan kepada pasukan lain dalam kancah Liga Malaysia 2016.

Turut hadir Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, Rajagobal serta barisan kejurulatihan pasukan.

Ketika ditanya mengapa Sarawak menjadi pilihan, rata-rata pemain itu berkata mereka cukup teruja dengan sokongan padu penyokong Sarawak yang sentiasa bersemangat tinggi dalam setiap perlawanan.

Di samping itu, mereka juga serasi dengan corak kejurulatihan yang ditampilkan Rajagobal.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal menaruh keyakinan tinggi terhadap gabungan muka baru dan lama dalam skuad Ngap Sayot.

“Kita yakin dan harap Sarawak dapat beri saingan kepada pasukan terkuat di Liga Super,” katanya pada sidang media khas FAS di sini, sebentar tadi.