The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Samir Nasri Mahu Menjual Rumahnya Pada Harga RM29 Juta Siap Dilengkapi Kelab Malam

Encik Bakri pada November 15, 2016

Pemain Manchester City yang dipinjamkan ke Sevilla, Samir Nasri mahu menjual kediaman mewahnya di Cheshire yang dilengkapi sebuah kelab malam dengan harga 5.7 juta pound (RM29 juta).

Nasri pada musim lalu bergelut dengan kecederaan, kini dipinjamkan kepada kelab Sepanyol itu selepas bos baharu Pep Guardiola mengambil alih City pada Jun lepas.

Walaupun dia hanya di­pinjamkan kepada Sevilla, Nasri nampaknya seperti mahu pergi dan tak kembali serta terus kekal bersama kelab di selatan Sepanyol tersebut setelah dia bermula baik bersama pasukan baharunya itu. Atas faktor itu juga, Nasri mahu menjual kediamannya.

Dibina di atas tanah seluas 12 hektar dan terletak di sebuah lokasi eksklusif kawasan Alderley Edge, banglo mewah milik Nasri itu mempunyai tujuh buah bilik tidur yang dilengkapi pe­rabot mewah dan sebuah dewan marmar di laluan masuk berserta tingkap yang bersaiz besar.

dining-room

Di tingkat atas pula terletaknya bilik utama yang dilengkapi ruang persalinan yang luas. Kediaman tersebut juga memiliki tambahan empat buah bilik air, ruang belajar, bilik bermain, dapur serta ruang makan.

bilik-tidur

Memegang status selaku bintang bola sepak dunia, kediaman Nasri turut memiliki kolam renang, jakuzi, sauna, bilik wap dan sebuah pawagam.

kolam-renang

Apa yang lebih mengejutkan, di bahagian tingkat bawah kediaman pemain tersebut terdapat sebuah kelab malam yang dilengkapi bar dan ruang menari turut dibina.

kelab-malam

Sebuah bilik menyimpan minuman keras seperti champagne dan wain turut berada di tingkat berkenaan. Selain itu, terdapat tiga buah kandang kuda, tempat permainan kanak-kanak dan sebuah taman di dalam kawasan kediaman itu.

bilik-arak

Baca : Senarai 12 Buah Rumah Paling Mahal Milik Pemain Bolasepak


Download aplikasi The Sukan di Google Play