Salah Akui Belum Lagi Capai Tahap Messi Dan Ronaldo

Izuddin oleh Izuddin 5 bulan yang lalu

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mendakwa beliau belum boleh dibandingkan dengan Cristinao Ronaldo dan Lionel Messi kerana perlu mempamerkan prestasi yang konsisten terlebih dahulu dalam beberapa tahun.

Bekas pemain AS Roma dan Chelsea itu telah mempamerkan prestasi yang menakjubkan sejak menyertai Liverpool Ogos tahun lalu, tetapi Salah mengakui beliau masih belum berhak untuk dibandingkan dengan dua pemain terbaik dunia tersebut.

Anda salah jika meletakkan Salah setanding Ronaldo !

Salah mucul pemenang anugerah Kasut Emas dengan menjaringkan 32 gol musim ini,, sekaligus memecahkan rekod lama Liga Perdana Inggeris iaitu 31 gol yang dikongsi bersama Alan Shearer, Cristiano Ronaldo dan Luis Saurez.

Selain memenangi Kasut Emas, Salah turut mengutip beberapa lagi anugerah individu seperti Pemain Terbaik Tahunan PFA, Pemain Terbaik Tahunan FWA, dan Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.

Prestasi cemerlang Salah musim ini telah menimbulkan perbandingan di antara beliau dengan dua bintang sensasi yang kini bermain untuk Barcelona dan Real Madrid. Salah satu daripadanya bakal ditentang Salah tidak lama lagi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, apabila Liverpool bertemu Real Madrid di Kiev, Ukraine hujung bulan ini.

Walaubagaimanapun, Salah mengakui tahap permainannya belum lagi mencecah tahap yang dipamerkan Ronaldo dan Messi.

Messi & Ronaldo telah mempamerkan prestasi tinggi secara konsisten selama 10 musim lamanya

"Tidak sama sekali." Ujar Salah apabila ditanya sama ada beliau gembira dibandingkan dengan Messi dan Ronaldo ketika ditemuramah akhbar dari Egypt, Egypt Today. 

"Tetapi saya tidak mahu berkata saya gembira dengan perbandingan ini, kerana Messi dan Ronaldo bermain pada tahap yang tinggi selama 10 atau 11 tahun. Tahap permainan mereka juga amat stabil."

"Buat masa sekarang, saya perlu mengekalkan tahap permainan yang tinggi untuk musim-musim berikutnya. Saya amat berharap mampu melakukannya dan mengikut jejak langkah mereka kerana mereka adalah pemain yang hebat."

Statistik dalam semua pertandingan menunjukkan Salah hanya ketinggalan satu gol di belakang Messi yang telah menjaringkan 45 gol musim ini. Ronaldo pula berada di belakang Salah dengan catatan 43 gol setakat ini. Messi dan Ronaldo berpeluang menambah koleksi gol mereka kerana La Liga masih berbaki 1 perlawanan.

Permulaan atau one season wonder ?

Tidak memeranjatkan untuk melihat Salah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Liverpool dengan Real Madrid dilaporkan bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan khidmatnya musim hadapan.

Walaubagaimanapun, peminat Liverpool mungkin boleh menarik nafas lega kerana Salah mendedahkan beliau gembira di Anfield dan fokusnya adalah untuk terus kekal bersama Liverpool musim hadapan.

"Apa yang boleh saya katakan adalah saya gembira bermain untuk Liverpool dan saya kini sudah mula biasa dengan atmosfera hebat di Anfield. Saya sedang berfikir bagaimana untuk mengakhiri musim ini dengan cara paling sempurna [merujuk kepada keinginan Salah untuk kekal di Liverpool]."




Paparkan Komen