Sajak Alex Ferguson Kepada Pemainnya

Eikrem 5 bulan yang lalu

Sir Alex Ferguson adalah satu nama yang sangat gah di dunia bola sepak. Apa tidaknya, keupayaannya menaikkan kelab Syaitan Merah dari Manchester telah meletakkan pasukan Merah dari Merseyside tersemat rapi dalam lipatan sejarah. Setelah bersara sebagai pemain, Ferguson mula menjadi jurulatih sepenuh masa di Liga Scotland bersama kelab Queen’s Park FC, St. Mirren dan Aberdeen, sebelum memulakan langkah ke arena lebih besar di England.

Sewaktu di Aberdeen, Ferguson telah menulis satu sajak buat anak buahnya ketika pra musim di Benidorm, Sepanyol.

Menurut bekas pemain Aberdeen, Neil Simpson, ceritanya bermula tatkala para pemain sedang berehat di bilik hotel masing-masing di mana Neale Cooper dan John Hewitt ketika itu berkongsi bilik di tingkat lima, dan mereka berasa bosan memandangkan iPhone masih belum wujud pada zaman tersebut.

Maka untuk menghilangkan kebosanan, Cooper dan Hewitt berpakat untuk melepaskan bola dari tingkat lima ke lantai di aras tanah. Tujuannya, mereka mahu melihat setinggi mana bola tersebut akan melantun semula. Sangat tinggi semangat inkuiri mereka.

Tanpa membuang masa, mereka terus melepaskan bola ke lantai di tepi kolam renang dan agak malang, bola tersebut jatuh di atas tebing kolam tersebut akibat ‘Magnus effect’ dan terus melantun ke luar pagar hotel. Bola hilang!

Pada mulanya mereka agak takut, tapi disebabkan mereka dah biasa buat benda tak senonoh, mereka berdua buat rileks.

Pada hujung minggu tersebut, seperti biasa para pemain menerima gaji tanpa ada tunggakan dan ketika setiap pemain menerima slip gaji, mereka terkujat apabila gaji mereka dipotong sebanyak £3 setiap orang, tanpa amaran.

Menariknya, mereka diberitahu tentang pemotongan tersebut melalui satu sajak yang ditulis Ferguson!

You’ll notice by your wage cheque
That I’ve fined you three pounds
For bouncing a ball from the tenth
floor into the Hotel grounds

I know you won’t like it
and are most probably sick
But please don’t blame me
it was the one who performed this trik

By now you will realise that I am very much aware
of anyone as stupid as to repeat this affair
so before you decide to get up to more pranks
The next time believe me, it will be no cheque in the Bank.

Terjemahan :

Engkorang akan perasan dalam engkorang punya cek gaji
yang tiga pound aku denda tu
Sebab baling bola dari tingkat sepuluh tempoh hari
ke laman hotel pulak tu, wakluuuu.

Aku tahu engkorang tak akan suka
dan tentu ada yang menyampah
Tapi tolong jangan salahkan aku la
salahkan orang yang baling bola itu lah!

Sekarang engkorang dah tahu kan aku ni sebenarnya telinga lintah
kalau ada orang yang berani buat lagi silakanlah
tapi sebelum engkorang nak buat apa-apa lagi benda bodoh
jangan terkejut nanti kalau tiada duit dalam bank dooohhhh.

Rupa-rupanya ketika kejadian tersebut berlaku, Ferguson sedang berjemur di tepi kolam renang bersama Archie Knox. Puisi yang sangat epik daripada Pak Alex!

Tapi itu zaman 80-an lah. Kalau tahun 2000, kau buat silap dengan Pak Alex, kasut Adidas Predator gred 1 melayang atas muka. Tak percaya Tanya Beckham.