The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: http://www.manutd.com/en/MatchTrackerSeasons/2015-16/United-Today-Live-Blog/2015-16/July-2016/Zlatan-Ibrahimovic-signs-for-Manchester-United.aspx?AL

Sah Manchester United Menyertai Zlatan Ibrahimovic

Encik Bakri pada July 2, 2016

Manchester United kini sah menyertai Zlatan Ibrahimovic selepas Zlatan memuat naik destinasi tujuannya di laman Instagram pada Jumaat dan mengakui dia amat teruja untuk menyertai United.

Bintang Sweden itu, akhirnya melengkapkan perpindahan secara percuma ke Manchester United untuk  bergandingan bersama pengurus baharu kelab itu, Jose Mourinho.

Zlatan Ibrahimovic dan Mourinho sebelum ini pernah berkerjasama di Inter Milan. Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pemain kedua yang di ikat di bawah pengurusan baharu Jose Mourinho.

sah-manchester-united-menyertai-zlatan-ibrahimovic-2
Image – ManUtd.com

Zlatan Ibrahimovic telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun di Old Trafford bernilai 200,000 pound (RM1,064,366 juta) seminggu.

Zlatan Ibrahimovic membuat 180 penampilan bersama PSG dan menjaringkan 156 gol. Zlatan Ibrahimovic telah memenangi kejuaraan di 4 liga yang berbeza sejak memulakan karier profesionalnya bersama Malmo pada 1999.

Zlatan Ibrahimovic telah mewakili negaranya Sweden sebanyak 116 kali dan mnjringkan 62 gol sebelum mengumumkan persaraan daripada persada bolasepak antarabangsa.

” Saya sangant teruja menyertai Manchester United dan tidak sabar untuk bermain di Premier League. Saya juga tidak sabar untuk berkerjasama bersama Mourinho sekali lagi” Kata Zlatan

” Mourinho merupakan pengurus yang power serta padu dan saya bersedia untuk cabaran baru. Saya begitu gembira dengan kerjaya saya setakat ini dan banyak memori indah terabadi di sanubari. ”

” Sekarang saya sedia untuk mencipta kenangan istimewa di England dan tidak sekadar bersandar pada kenangan” Tambah Zlatan lagi.

Sementara itu Mourinho berkata :

” Tak perlu diperkenalkan lagi, tak perlu berkirim salam, tak perlu bertanya khabar. Biarlah statistik berbicara. Ibra salah seorang penyerang terbaik dunia dan sentiasa membri 100% di padang.”

” Beliau telah memenangi pelbagai Kejuaraan liga utama dalam dunia bolasepak, sekarang beliau mempunya peluang untuk beraksi dalam liga terbaik didunia dan saya tahi, Zlatan bakal mengambil peluang ini dan berkerja keras untuk membantu pasukan memenangi kejuaraan.”

” Saya yakin bakat Zlatan bakal membawa keterujaan kepada peminat di Old Trafford dan pengalaman tidak ternilai Zlatan akan dapat membantu pembangunan pemain muda.

Sumber : ManUtd.com