Ryan Giggs : Manchester United Patut Tiru Liverpool

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Lagenda Manchester United, Ryan Giggs berpendapat bahawa pasukan lamanya tersebut perlu mencontohi pasukan seteru utama mereka, Liverpool dalam menjaringkan gol, selepas melihat United mengejutkan Everton 1-1 di Old Trafford.

Selepas persaraan Alex Ferguson, Ed Woodward terkapai-kapai mencari pengganti yang dirasakan mampu membawa United kembali ke puncak sehinggalah dia berjaya mendapatkan Jose Mourinho.

Pakar seri.

Berjuta-juta wang dibelanjakan untuk membawa pemain ke Old Trafford - Pogba, Zlatan dan Bailly. Namun hasilnya, mereka sekadar mencipta rekod terburuk dalam tempoh 43 tahun - seri lima dalam enam perlawanan di Teater Mimpi.

Keputusan seri demi seri telah membuatkan Encik Bakri buntu untuk memilih lagu dalam video highlight, selain meletakkan harapan mereka untuk menamatkan liga di tangga keempat liga semakin pudar - melainkan mereka mula menjaringkan gol.

Penyokong United lebih mengatakan nasib tidak menyebelahi mereka namun Giggs melihat perkara ini dari sudut yang berbeza.

Menurut Giggs, mereka terlalu bergantung kepada Zlatan Ibrahimovic - yang masih belum membuat keputusan sama ada akan menyambung kontrak setahunnya bersama kelab Syaitan Merah tersebut.

"Masalah sekarang bukan pasal Ibrahimovic akan kekal atau tukar, tapi lebih kepada dari mana deme ni nak dapatkan lebih banyak gol," kata Giggs kepada Daily Mail dengan wajahnya yang serius. Matanya merenung rapat wartawan yang bertanya.

"Tak kisah lah Bang Brahim tu nak kekal ke idok, tapi yang lain tu jangan duduk saja," tambahnya lagi. Nada suaranya meninggi.

Sebagai rekod, setakat ini hanya Zlatan, Mata dan Pogba yang mampu mnjaringkan lebih daripada tiga gol dalam liga dengan masing-masing telah menjaringkan 16, enam dan empat gol.

Giggs mungkin masih terkenang zamannya di mana para pemain bagaikan bertanding sesama mereka untuk menjaringkan dua digit gol dalam satu musim.

Giggs dan admin The Sukan, Beckham.

"Jose ada cakap kan yang dia kecewa? Mana tak nya, kuasai permainan tapi balik-balik seri. Lepas tu balik rumah tengok siling, lepas tu buat-buat tanya 'apa yang tak kena'.

"Memang la dalam bola ni perlukan nasib baik. Bola Pogba kena palang sembilan kali. Kalau bola tu masuk, dia dah jaringkan 15 gol. Lepas tu Pogba mesti akan lebih yakin untuk bermain.

Giggs ketika menjadi pengurus sementara dua tahun lalu.

"Kome tak boleh la bergantung kepada seorang pemain sahaja untuk dapatkan gol. Tengok Leicester tahun lepas. Jamie Vardy jaringkan banyak gila gol, tapi Riyad Mahrez jaringkan 17 gol. Nampak?

"Dulu masa teman main dengan United gitu lah gamoknye. Teman jaringkan tujuh atau lapan gol, Beckham pun macam tu, Scholes pun lebih kurang macam tu. Empat penyerang utama tu tak payah cerita lah, memang kerja deme jaringkan gol ni.

"Pertahanan tengah pun jaringkan gol. Dennis Irwin yang main di bek kiri pun jaringkan gol, yob. Dalam bahasa mudahnya, gol ni datang dari segenap sudut.

Dennis Irwin

"Kome tengok ler Liverpool main macam mana. Teman dulu pelik juga dengan pasukan ni. Ye lah, deme tu bukan ada penyerang utama yang boleh jaringkan 20 gol, tapi deme tu dapat gol daripada ramai pemain. Sekarang ni kome tengok la Liverpool yang menjaringkan gol paling banyak dalam liga setakat ni.

"Teman zaman muda dulu selalu letak sasaran dua digit gol setiap musim, ditambah pula dengan 15 assist. Kurang-kurang itu dah 25 gol, ye dak? Kalau Bekcham buat benda sama, tak ke banyak tu?

"Pak Alex selalu kabo ke teman 'ni yang aku nak daripada engkau wahai anak muda'. Mula-mula tu memang la rasa tertekan sikit, tapi kome tahu la Pak Alex nilai kita tahap mana. Nanti kalau kome tak dapat main, kome tahu la kenapa," cerita Giggs  panjang lebar, dan kali ini dia sudah mampu untuk menghadirkan sedikit senyuman di wajahnya yang kusam.

Tambah Giggs lagi, pemain United sekarang ni mudah hilang konsentrasi dan ini sangat mengejutkannya. Pun begitu, Giggs faham masalah ini tidak akan selesai dalam tempoh 24 jam, tapi dia tidak pasti apa langkah berikutnya Jose selepas ini.

Giggs dengan liga terakhir yang dimenanginya.

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk menjadi pengurus mana-mana pasukan, Giggs yang menjadi pembantu Louis Van Gaal selama dua musim sebelum ketibaan Mourinho, akan menjadi pengurus apabila tiba saatnya nanti.

"Teman rasa teman dapat ilmu yang sangat banyak semasa tolong Uncle Van Gaal dulu. Tengoklah, kalau ada kelab dan pengerusi kelab yang nak teman jadi pengurus, teman jadi lah.

"Teman lagi sanggup pergi ke League One atau pasukan Liga Kejuaraan yang mempunyai idea yang bernas dan aspirasi yang tepat, berbanding pasukan EPL yang tidak mempunyai masa depan," jelas Giggs panjang lebar.

Giggs kini lebih banyak fokus kepada peniagaannya, selain menjadi pengulas sukan di televisyen Britain.

Sumber : Daily Mail




Paparkan Komen