The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Rozaimi Masih Boleh Kembali Beraksi Di Arena Bola Sepak

Encik Bakri pada July 7, 2015

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) meluangkan masa untuk melawat penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Sabah.

Keadaan Rozaimi difahamkan semakin stabil dan akan mengambil sekurang-kurangnya tiga bulan untuk memastikan kecederaan di kepala, rusuk kanan dan kedua-dua bahunya pulih.

Menurut media sosial rasmi SAFA, Setiausaha Agung, Alijus Sipil mengesahkan laporan Rozaimi kini dalam keadaan yang stabil.

“Dia memerlukan tiga bulan sebagai tempoh pemulihan dan selepas itu perlu menjalani latihan kecergasan…Ini berita baik bagi Rozaimi kerana masih boleh kembali beraksi di arena bola sepak negara dan juga Sabah”

Penyerang pasukan Sabah itu, parah selepas terbabit dalam nahas kemalangan di Batu 3.5, Jalan Tuaran, kira-kira jam 1.40 petang semalam.

Mengikut beberapa sumber yang sah, Rozaimi dikejarkan ke ICU berikutan kecederaan parah akibat kereta Honda Civic yang dinaikinya telah merempuh sebatang pokok di Kota Kinabalu.

Manakala bekas pemain tengah skuad Piala Presiden Sabah selaku anak saudaranya, Awangku Mohd Faris Mahamud meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) pada jam 8.37 semalam.

Baca : Awangku Mohd. Farris Mahmud Pemain Piala Presiden Sabah Meninggal, Rozaimi Dilaporkan Stabil


Download aplikasi The Sukan di Google Play