Rossi Menggunakan Topi Keledar Khas Tribute Kepada Totti Dan Hayden

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Valentino Rossi meneruskan tradisi apabila berlumba di negara kelahiran beliau iaitu Italy apabila telah memakai topi keledar edisi khas di perlumbaan MotoGP Mugello pada minggu ini. Topi keledar kali ini bertemakan bola sepak.

Gambar : rossihelmets.com

Topi keledar edisi khas yang hanya dipakai di GP Italy itu merupakan satu tribute bersempena persaraan lagenda bola sepak AS Roma dan Italy, Francesco Totti yang juga merupakan sahabat kepada Rossi.

Gambar : rossihelmets.com

Selain Totti, Rossi juga memberi penghormatan kepada kawan dan bekas rakan sepasukan beliau Nicky Hayden yang telah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal selepas seminggu berada dalam keadaan koma.

Gambar : rossihelmets.com

Rossi telah menggabungkan nombor 46 beliau dan 69 yang menjadi trademark Hayden sepanjang hayat beliau di litar di topi keledar edisi khas itu.

46+69 = 469. Gambar : rossihelmets.com

Di litar Mugello, Rossi menghadapi masalah pada hari pertama kerana masih dalam proses pemulihan selepas terbabit kemalangan dalam perlumbaan pada minggu lalu. Rossi mengalami kesakitan di bahagian lengan dan susah untuk bernafas ketika latihan bebas.

Gambar : rossihelmets.com

Dalam perlumbaan sebenar semalam juara dunia sembilan kali itu telah menamatkan perlumbaan ditempat ke-4 dan mengumpul 75 mata sekaligus berada dikedudukan ke-3 keseluruhan.

Valentino Rossi AGV Mugello Totti Dan Hayden Tribute