The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Ronaldo : Iceland Parking Bas Di Padang

Encik Bakri pada June 16, 2016

St Etienne: Kapten Portugal Cristiano Ronaldo mengkritik ‘mentaliti kecil’ dipamer Iceland dan mereka bernasib baik seri 1-1 menentang pasukannya pada perlawanan pembukaan Kumpulan F Euro 2016.

Pemain sayap Birkir Bjarnason menafikan jaringan Nani untuk Portugal dalam penampilan sulung Iceland pada kejohanan utama.

Ronaldo yang menyamai rekod Luis Figo meraih 127 kap antarabangsa untuk negaranya menolak idea taktik digunakan pasukan lawan yang boleh disifat “Parking Bas” di padang.

“Iceland tidak mencuba apa apa. Mereka hanya bertahan, bertahan, bertahan dan bermain serangan balas. Mereka bernasib baik pada perlawanan itu,” kata Ronaldo kepada wartawan di Perancis, hari ini.

“Kami perlu meraih tiga mata tetapi kami ok. Saya menyangka mereka memenangi Euro berdasarkan cara penamat perlawanan diraikan”.

Mungkin Cristiano Ronaldo lupa Portugal pernah tewas kepada pasukan yang menjuarai Euro 2004 dengan mengamalkan corak permainan yang sama.