Ronaldo Dedahkan Perbezaan Antara Beliau Dan Messi

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia bola sepak hari ini Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan pemain paling menonjol serta power dalam tempoh 10 tahun ini dan mendominasi anugerah pemain terbaik dunia.

Selepas sedekad Luka Modrid telah memecahkan duopoly dua pemain ini untuk anugerah Ballon d'Or selepas Kaka merupakan pemenang terakhir sebelum menjadi milik dua pemain ini.

Namun perdebatan hangat terus terjadi antara mereka untuk menjadi siapa pemain paling unggul dan teragung. Para pemain lain, jurulatih dan peminat mempunyai pilihan hati masing-masing berdasarkan pemerhatian mereka sendiri.

Bekas lagenda dan pemain bola sepak kebanyakkan sukar untuk membuat pilihan dan lebih ramai memilih Messi dan tidak menafikan kehebatan luar biasa Ronaldo.

Di mata Ronaldo sudah pasti tiada pemain yang lebih hebat berbanding diri beliau sendiri.

Pemain berusia 34 tahun itu tanpa penat telah berusaha keras untuk menjadi nombort dengan menghabiskan masa di pusat latihan dan gimnasium untuk meningkatkan kepoweran diri.

Hasilnya Ronaldo telah memenangi pelbagai gelaran bersama Manchester United, Real Madrid dan kini mula mengumpul gelaran bersama kelab barunya, Juventus.

Ronaldo telah mengecap kejayaan di peringkat antarabangsa bersama Portugal dengan memenangi EURO 2016 dan UEFA Nations League 2019 yang merupakan satu pencapaian yang tidak pernah dirasai Messi.

Dalam temuramah terbaru, Ronaldo telah mendedahkan serta menjelaskan perbezaan antara beliau dan Messi.

"Perbezaan antara aku dan Messi adalah aku bermain bersama beberapa kelab dan telah memenangi Champions League bersama kelab berbeza."

"Aku merupakan penjaring terbanyak Champions League untuk 6 musim berturut-turut. Tidak ramai pemain yang memenangi 5 trofi kejuaraan Champions League."

"Messi seorang pemian yang cemerlang yang akan diingati bukan hanya kerana memenangi Ballon d'Or tetapi kerana peningkatan prestasi seperti aku tahun demi tahun."

Ronaldo telah menjulang Champions League bersama Manchester United sebelum menambah lagi 4 kejuaraan bersama Real Madrid di mana 3 daripanya diperoleh secara berturut-turut.

Messi kini telah memenangi Champions League sebanyak 4 kali dan kesemuanya bersama Barcelona dan kali terakhir menjulangnya pada 2015.




Paparkan Komen