Ronaldo Dedahkan Pendapatannya Sebanyak RM1.06 Bilion Bagi Tahun 2015

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 tahun yang lalu

Syarikat yang menguruskan Cristiano Ronaldo telah tampil mempertahan dan membersihkan nama Ronaldo atas tuduhan lari daripada membayar cukai dengan membuat pendedahan mengejutkan berhubung pendapatan Ronaldo pada tahun 2015 sebanyak RM1.06 bilion (£191 juta).

Pendedahan ini berlaku selepas Ronaldo dituduh menyembunyikan RM704.16 juta pendapatan daripada hak imejnya di British Virgin Islands. Firma yang mewakili Ronaldo itu menunjukkan rekod kewangan dan pendapatan Ronaldo bagi tahun 2015.

Gestifute merupakan syarikat menguruskan karier ahli sukan yang dimiliki oleh Super Ejen, Jorge Mendes mendedahkan 'Model 720' iaitu borang cukai atas talian yang mengesahkan Agensi Cukai Sepanyol sedia maklum dengan perkara ini.

Baca juga : Sumber Kekayaan Ronaldo

Dokumen 'Model 720' ini menjelaskan bahawa Ronaldo telah memaklumkan kepada Agensi Cukai Sepanyol pada bulan Mac lalu bahawa pendapatannya sebanyak RM956.25 juta diperoleh dari luar Sepanyol dan hanya RM110.32 juta sahaja pendapatannya dari Sepanyol.

Menurut Gestifute lagi.

"Dokumen itu mengesahkan yang Agensi Cukai Sepanyol mengetahui segala aset dan pendapatan Cristiano Ronaldo.

"Seperti yang dilaporkan pada beberapa hari lalu, pemain ini sedar dengan tanggungjawab cukai sejak awal karier profesionalnya bermula di semua negara yang pernah didiaminya, dan tidak akan dan tidak pernah berdepan sebarang isu dengan pihak berkuasa cukai di negara-negara terbabit.

"Komunikasi ini, yang tidak memerlukan peruntukan undang-undang, adalah bukti yang tidak dapat disangkal mengatakan Cristiano Ronaldo dan wakil-wakilnya mempunyai niat yang baik dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan semangat ketelusan dan patuh undang-undang.

Reaksi Ronaldo juga menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dengan mengeluarkan kenyataan berikut.

"Kamu percaya yang saya bimbang? Sesiapa yang tidak mempunyai kesalahan, tidak akan takutkan apa-apa," kata Ronaldo ketika menjawab soalan mengenai situasi terbabit oleh televisyen Portugal, RTP.

Lari dari cukai bukan perkara baru dalam La Liga apabila Neymar, Messi dan Mescherano dihukum denda dan penjara 2 tahun, manakala 3 bekas pemain Real Madrid Alonso, Coentrao dan Di Maria kini diburu atas dakwaan yang sama.




Paparkan Komen