Ronaldo Berdepan Tindakan UEFA Atas Keraian Gol Ketika Perlawanan Juventus-Atletico Madrid

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan dikenakan hukuman daripada UEFA atas keraian gol ketika perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah di antara Juventus menentang Atletico Madrid minggu lalu.

Ronaldo meletakkan tangannya di kemaluan beliau, meniru gaya keraian 'Cojones' Diego Simeone ketika perlawanan pertama di Wanda Metropolitano Stadium.

Keraian gol yang mungkin mengakibatkan Ronaldo terlepas perlawanan pertama menentang Ajax nanti

Juventus tewas 2-0 dalam perlawanan pertama di Madrid, dan Simeone menyambut gol ke-2 pasukannya dalam perlawanan tersebut dengan meletakkan tangan di batu beliau.

Simeone meraikan gol ke-2 pasukannya dengan meletakkan tangan di bahagian kemaluan beliau. Tindakan tersebut dilakukan untuk memberitahu kepada dunia yang Atletico Madrid mempunyai 'batu' atau dalam bahasa Orang Putih ia dipanggil 'cojones'.

Simeone terlepas dari sebarang hukuman penggantungan perlawanan tetapi didenda UEFA sebanyak €20,000.

Dalam perlawanan timbal balik, Ronaldo berjaya mencetak hatrik untuk membawa Juventus ke peringkat suku akhir. Ketika meraikan gol ke-3 beliau dalam perlawanan tersebut, Ronaldo meniru gaya keraian 'Cojones' Simenone.

Dalam perkembangan terbaru, UEFA mengumumkan Ronaldo akan menerima hukuman atas tindakannya itu.

"Berikutan siasatan yang dilakukan oleh badan disiplin melalui 'UEFA Ethics and Disciplinary Inspector', berdasarkan artikel 55 dalam 'UEFA Disciplinary Regulations', satu proceeding akan dibuka berikutan perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir di antara Juventusdan Atletico Madrid yang berlangsung pada 12 Mac di Itali."

"Charges against Juventus Football Club: Improper conduct of player Cristiano Ronaldo - Art. 11 (2) (b) and Art. 11 (2) (d) of the UEFA Disciplinary Regulations."

"Badan Disiplin UEFA akan menilai kes ini dalam mesyuarat seterusnya yang akan berlangsung pada 21 Mac nanti."

Dalam undian pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung pada Jumaat minggu lalu, Juventus telah diundi bertemu Ajax. Perlawanan pertama akan berlangsung di Ajax pada 10 April nanti.




Paparkan Komen