Ronaldo Atlet Paling Kaya 2016, Atasi Messi dan Roger Federer

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Tahun 2016 mungkin merupakan tahun terbaik buat Cristiano Ronaldo. Apa tidaknya, dia berjaya memenangi Liga Juara-Juara, Euro, Ballon D'Or, Pemain Terbaik Dunia FIFA, teman wanita baharu yang hot, dan yang terbaru Ronaldo muncul atlet yang menjana pendapatan paling tinggi pada 2016 menurut Index Kewangan Sukan Forbes, mengatasi Leo Messi, Roger Federer, Safee Sali, LeBraun James dan Kevin Durant.

Ronaldo 3-0 Messi

Ronaldo menjana pendapatan sebanyak £70.5 juta (RM390 juta), dengan £45juta (RM249 juta) datang daripada gaji dan duit kemenangan dan selebihnya daripada penajaan. Ronaldo menjadi duta beberapa produk terutamanya Nike, Head and Shoulder dan juga Calpis pi pi pi pi.

Leo Messi, seperti Ballon D'Or, berada di belakang Ronaldo dengan membawa pulang £65.2 juta (Rm361juta), dan diikuti bintang bola keranjang Cleveland Cavalier, Lebron James yang menjana £61.8juta(RM342juta).

Lebron James - di tangga ketiga

Melengkapkan lima atlet terkaya 2016 ialah juara tenis Terbuka Australia, Roger Federer dengan £54.3juta (RM300juta) dan pemain bola keranjang Golden State Warrior, Kevin Durant dengan £45juta (RM249 juta), masing-masing di tangga keempat dan kelima.

Kevin Durant

20 atlet terkaya dunia didominasi bintang bola sepak, bola keranjang, tenis, American football dan Formula One, dan mereka ialah Novak Djokavic, Phil Mickelson, Lewis Hamilton, Tiger Woods, Tom Brady dan Rory Mcllroy, namun tiada bintang tenis Scotland, Andy Murray dan juara Piala AFC, Safiq Rahim.




Paparkan Komen