The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Roberto Martinez Di Maki Oleh Mourinho Selepas Chelsea Kalah 3-0 Kepada Everton

Encik Bakri pada September 14, 2015

Roberto Martinez Di Maki Oleh Mourinho Selepas Chelsea Kalah 3-0 Kepada Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho berang dengan pengurus Everton Roberto Martinez yang memilih untuk ditemu ramah terlebih dahulu sebelum dirinya.

Sebagai pengurus pasukan yang bertandang ke laman lawan, Mourinho menjangkakan akan dibenarkan untuk ditemu ramah terlebih dahulu sebaik tamat perlawanan kerana sudah menjadi adat bagi pasukan pelawat agar mereka dapat pulang lebih awal.

Bagaimanapun, Mourinho terlalu marah apabila Martinez memilih untuk ditemu ramah terlebih dahulu.

Sedang Martinez bercakap dengan wartawan diluar bilik sidang media, Mourinho datang mencelah.

“Roberto, Roberto lain kali bagi tahu saya untuk ditemu ramah terlebih dahulu kerana kami perlu meneruskan perjalanan pulang,” katanya.

Martinez menjawab: “Ini bukan dalam kawalan saya, bukan kuasa saya,”

Sekaligus menyebabkan Mourinho yang berada dalam mood yang tidak baik membalas dengan kata-kata kesat : ‘F****** hell!’

The Special One kemudiannya memohon maaf kepada pihak media kerana tidak mengadakan pertemuan berasingan dengan alasan sudah terlewat untuk pulang ke laman sendiri.

Chelsea kini menduduki tempat ke-17 liga dengan 4 mata selepas 5 perlawanan.