The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Robert Cornthwhaite Bakal Ke Pasukan Utara Tanah Air

Encik Bakri pada December 16, 2015

SHAH ALAM: Robert Cornthwhaite Bakal Ke Pasukan Utara Tanah Air. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam, Ahad lalu menjadi perlawanan terakhir buat pemain pertahanan import Merah Kuning, Robert Cornthwhaite bersama skuad itu.

Walaupun membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas membenam Kedah 2-0, pemain berasal dari Australia itu tidak ditawarkan kontrak untuk terus kekal bersama pasukan Merah Kuning mulai musim depan.

Robert Cornthwhaite Bakal Ke Pasukan Utara Tanah Air

Apapun pemain tinggi lampai itu tetap kekal beraksi di Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila sudah menandatangani pra perjanjian dengan sebuah pasukan dari utara tanah air.

Sumber berkata, pasukan itu baharu sahaja layak ke saingan Liga Super dan kini sedang mencari beberapa pemain import berkualiti untuk memberi saingan pada musim depan.

“Jadi, usaha mendapatkan Cornthwhaite bertujuan untuk memperkuat pasukan itu dan membantu menjadi pencabar kejuaraan liga musim depan.

“Namun, pasukan itu tidak dapat mengumumkan pengambilan pemain pertahanan berusia 30 itu memandangkan dia masih terbabit dalam kempen Piala Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pasukan itu akan menunggu sehingga kempen piala berprestij itu selesai sebelum mengumumkan penyertaan Cornthwhaite bersama mereka.

“Selepas kempen selesai, barulah Cornthwhaite akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain kelab terbabit termasuk beberapa pemain baru yang sudah menandatangani kontrak dengan pasukan terbabit sebelum ini,” katanya.


Download aplikasi The Sukan di Google Play