The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

RM6.33 Billion Dibelanjakan Kelab Liga Perdana Inggeris

Encik Bakri pada September 3, 2016

Kelab Liga Perdana Inggeris telah berbelanja sebanyak £1.165b kira-kira RM6.33b untuk jendela perpindahan musim panas ini sahaja. Itulah jumlah yang dibelanjakan oleh 20 kelab Liga Perdana Inggeris untuk tempoh 2 bulan ini sekaligus memecahkan rekod 12 bulan lepas iaitu sebanyak £870 juta.

Perpindahan kali ini juga menyaksikan 13 buah kelab memecahkan rekod perpindahan kelab. Situasi ini berlaku ekoran bayaran perjanjian hak penyiaran musim 2016/2017 yang bernilai £5.1b (RM27.91b) yang dinikmati semua kelab. Kekuatan kewangan ini dinikmati pasukan di mana kontrak baru ini £2 bilion lebih besar berbanding kontrak sebelum ini dari tahun 2013 hingga 2016.

Menurut Dan Jones, Penganalisis Kewangan Deloitte. Peningkatan hasil penyiaran melalui perjanjian penyiaran baru mulai musim 2016/2017 menjadi sebab kenapa kelab Liga Perdana Inggeris mempunyai kuasa membeli yang tinggi pada pasaran perpindahan.

perbelanjaan perpindahan
Gambar : BBC

Secara purata, perbelanjaan kasar yang dibuat oleh Kelab Liga Perdana Inggeris untuk perpindahan musim panas 2016 ini adalah sekitar £60 juta. Sebanyak £155 juta dibelanjakan pada hari terakhir jendela perpindahan menyaksikan rekod lama £140 juta pada tahun 2013 telah dipecahkan.

Gabungan perbelanjaan Empat Kelab yang beraksi di Liga Juara Eropah musim ini Arsenal, Leicester City, Manchester City dan Tottenham Hotspur berjumlah £385 juta mewakili 1/3 daripada jumlah perbelanjaan yang di gunakan oleh kelab liga perdana.

Perbelanjaan dua pasukan dari Kota Manchester sahaja sudah melebihi £300 juta di mana kedua-dua pasukan sudah berbelanja melebihi £150 juta untuk perpindahan.

Sejak jendela perpindahan pertama diperkenalkan pada musim 2003-04, wang yang dibelanjakan dianggarkan mencecah £8.6 bilion, di mana 80 peratus daripada perbelanjaan perpindahan ini dibelanjakan pada jendela musim panas.

Perbelanjaan Liga Perdana Inggeris Berbanding Liga Lain

Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang paling tinggi berbelanja musim ini di kalangan “Europe Big Five League” yang merujuk kepada Serie A, Bundesliga, La Liga dan Ligue 1. Musim ini Serie A membelanjakan £590 juta diikuti Bundesliga £460 juta, La Liga £400 juta dan Ligue 1 £165 juta. Perbelanjaan Liga Perdana hampir sekali ganda lebih banyak dari Serie A dan melebihi sekali ganda berbanding Bundesliga dan La Liga serta berkali- kali ganda dari Ligue 1. Tak menang Liga Juara Eropah juga tak tahu la kan.

perbelajaan liga lain
Gambar : BBC

Senarai Pemain Termahal musim 2016-17

Paul Pogba mengepalai senarai permain termahal musim ini bukan sahaja di England tapi seluruh dunia dengan memecahkan rekod perpindahan dunia yang sebelum ini di pegang oleh Gareth Bale. Pogba dibeli oleh Manchester United dari Juventus dengan harga £89 juta. Berikut merupakan senarai pemain termahal di Liga Perdana Inggeris.

Senarai Pemain Termahal Liga Perdana Inggeris musim 2016-17
Gambar : BBC

Senarai Pasukan Yang Memecahkan Rekod Perpindahan Kelab

Sebanyak 13 pasukan Liga Perdana Inggeris berjoli sakan berbelanja musim ini dengan memecahkan rekod pembelian kelab masing-masing. Pogba semestinya berada di dalam senarai ini.

KelabPemainHarga
Manchester UnitedPaul Pogba£89m
BournemouthJordon Ibe£15m
LiverpoolSadio Mane£34m @ £36m
SunderlandDidier N'Dong £13.6m
Crystal PalaceChristian Benteke £32m
HullRyan Mason £13m
West HamAndre Ayew £20.5m
West BromNacer Chadli £13m
LeicesterIslam Slimani £29m
WatfordRoberto Pereyra £13m
SouthamptonSofiane Boufal £16m
BurnleyJeff Hendrick £10.5m
SwanseaBorja Baston £15.5m

Sumber : BBC


Download aplikasi The Sukan di Google Play