Reviu : B-23 AFC 2018 : Indonesia 0-3 Malaysia

The Sukan oleh The Sukan 1 bulan yang lalu

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ianya sentiasa memberi auranya tersendiri terutama pada peminat di Malaysia dan juga peminat di Indonesia.

Perlawanan antara negara serumpun yang boleh dikatakan 'rivalry' kepada kedua-dua negara di mana mereka saling menunjukkan kekuatan dan bersemangat untuk mengalahkan pasukan lawan mereka.

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang penting bagi mereka kerana ianya perlawanan yang pertama di saingan kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun.

Malaysia dan Indonesia masing-masing inginkan kemenangan bagi melayakkan diri mereka untuk kejohanan tersebut.

Analisis Taktikal Separuh Masa Pertama

Malaysia menguasai bola terlebih dahulu pada permulaan perlawanan. Malaysia menggunakan formasi 4-3-3 untuk menyerang ke kubu Indonesia. Apabila pemain Malaysia membuat gerakan ke final third, mereka menggunakan formasi 3-4-3 dengan menggunakan Syafiq Ahmad sebagai supplier untuk N.Thanabalan dan Jafri Firdaus Chew.

Seperti anda tahu Syafiq Ahmad merupakan pemain muda yg mempunyai sifat sebagai penyerang moden no.9, jadi beliau juga ada mempunyai skill individu dan 'instict' untuk beliau melakukan rembatan ke gawang lawan jika diberikan ruang.

Untuk formasi 3-4-3 ini, Syazwan Andik Ishak akan membuat overlapping run dan Daniel Amier Norhisham atau Amirul Hisyam Awang Kechik akan memberi cover di bahagian pertahanan jika Indonesia melakukan serangan balas manakala pertahanan tengah Malaysia akan menutup ruang yang ditinggalkan oleh Syazwan Andik.

Malaysia menggunakan high line defense pada perlawanan ini untuk memberi pressing dan segera untuk mendapatkan bola. Apabila Malaysia berada di defensive third mereka, pemain mula bersifat aggresive dan melakukan interceptions serta tackle kepada pemain Indonesia.

Mereka menggunakan formasi 5-4-1 apabila Malaysia bertahan di kubu mereka. Tujuannya adalah Malaysia ingin menutup bahagian zon 14 mereka bagi mengelak pemain Indonesia melakukan serangan atau killer pass dari bahagian tersebut.

Untuk pasukan Indonesia mereka menggunakan formasi 3-3-4 ketika menyerang ke kubu Malaysia dan menggunakan formasi 4-4-2 ketika bertahan. Dengan ketiadaan pemain sensasi mereka Evan Dimas pada separuh masa pertama, jelas ia memberi kesan kepada pasukan Indonesia dari segi serangan.

Foto : Football Association of Malaysia (Official)

Pada minit ke-3 Malaysia dapat menjaringkan gol awal menerusi penyerang muda negara, Syafiq Ahmad selepas menerima hantaran long ball daripada kapten pasukan negara Adib Zainudin. Pasukan Indonesia pada ketika itu masih lagi leka untuk menyesuaikan diri pada taktikal yang mereka tonjolkan di atas padang.

Indonesia sering melakukan asakan ke kubu Malaysia, namun sikap disiplin pada pemain Malaysia berjaya untuk menghalang pergerakan dan serangan mereka.

Pemain Malaysia banyak memberi support kepada rakan-rakan mereka ketika melakukan serangan dari segi 'depth' pasukan. Kerajinan Syazwan Andik untuk membantu serangan dan cepat turun ke bawah untuk membantu pertahanan juga menjadi kunci penting kepada pasukan Malaysia.

Malaysia terus melakukan asakan dan melancarkan serangan kepada pasukan Indonesia. Ianya membuahkan hasil apabila Jafri Firdaus Chew berjaya untuk menanduk bola menerusi hantaran free kick yang cantik terus ke penyerang tersebut pada minit ke-20.

Malaysia terus menambahkan penderitaan kepada skuad Garuda menerusi N.Thanabalan yang berjaya menanduk masuk bola dengan mudah dari sepakan penjuru apabila beliau tidak diberi marking yang ketat dan berjaya melakukan free header tersebut.

Pemain Indonesia semakin resah dan tidak keruan apabila mereka ketinggalan 3-0 pada skuad Harimau Muda Malaysia. Indonesia meningkatkan intensiti untuk menyerang dan sering melakukan kesilapan, membawa bola ke hadapan tanpa arah tuju dan melakukan rembetan di luar kotak penalti untuk mendapatkan gol namun Malaysia mudah mematahkan serangan.

Keputusan kekal 3-0 hingga tamat pada separuh masa pertama.

Analisis Taktikal Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua, pasukan Indonesia kelihatan bersemangat untuk membuat serangan balas dan ingin melakukan comeback untuk pasukan mereka. Indonesia menukar formasi 4-2-3-1 dan banyak melakukan hantaran long ball kepada penyerang mereka.

Kadangkala formasi mereka akan menjadi 4-2-4 jika mereka bersifat ultra offensive untuk menyerang kubu Malaysia. Indonesia juga memasukkan pemain sensasi mereka, Evan Dimas bagi menambahkan kualiti untuk menyerang.

Malaysia masih lagi mengekalkan formasi dan corak permainan mereka seperti separuh masa pertama. Pada permulaan separuh masa kedua, Malaysia menerima banyak asakan dan long ball dari Indonesia.

Terdapat juga insiden di mana pasukan Indonesia boleh melakukan jaringan bagi pasukan mereka, namun mereka tidak dapat melakukan dengan baik. Ong Kim Swee juga mengarahkan pemain-pemain beliau untuk melakukan zonal marking apabila Indonesia melakukan ball possession di defensive third mereka.

Foto : Football Association of Malaysia (Official)

Pada minit ke-58, Syafiq Ahmad telah memperolehi kecederaan dan terdapat insiden tegang pada ketika itu bahawa pemain Indonesia beranggapan beliau sengaja melambat-lambatkan permainan.

Pertukaran pemain dilakukan oleh skuad kendalian Ong Kim Swee dengan menggantikan Syafiq Ahmad dan memasukkan Sean Eugene Selvaraj dan mengeluarkan Jafri Firdaus Chew dan membawa masuk Akhyar Rashid.

Ong Kim Swee mengarahkan anak buah beliau supaya fokus untuk bertahan daripada dibolosi dan melakukan counter attack ke kubu Indonesia.

Pada minit ke-70, skuad Garuda harus mengharungi perlawanan dengan 10 orang selepas pemain mereka Asnawi Bahar melakukan silly tackle pada pemain gantian Malaysia, Sean Eugene Selvaraj.

Justeru ianya memberi sedikit kelegaan pada Malaysia dan Indonesia kelihatan terdesak melakukan serangan dan melakukan long ball ke hadapan dengan menggunakan formasi 2-3-4 dan Evan Dimas sebagai pemain memberi servis kepada rakan-rakannya.

Malaysia bertahan sehingga ke pengadil meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan tersebut.

Kesimpulan

Dengan kemenangan 3-0 kepada seteru kuat dan rivalry sejak dari dulukala, Indonesia dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan pemain Malaysia pada kejuaraan kelayakan Piala AFC 2018. Jadi skuad kendalian Ong Kim Swee perlulah fokus dengan perlawanan seterusnya lebih-lebih lagi pada skuad Thailand U-23.

Peminat Malaysia mempunyai semangat yang tinggi ingin melihat Malaysia dapat melayakkan diri mereka ke kejohanan Piala AFC ini. Semoga Malaysia mempamerkan passion dan charisma pada kejohanan ini.

Majulah Sukan untuk Negara!!!

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Zan Tact untuk diterbitkan di The Sukan


Share Tweet


Paparkan Komen