[VIDEO] 'Randy Orton Junior' Buat Hal Lagi, Kali Ini Ditahan Kerana Melakukan 'RKO' Terhadap Aligator !

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Masihkah anda ingat budah sekolah menenangah yang ditahan polis kerana melakukan 'RKO' terhadap pengetua sekolahnya ?

Jika anda belum membaca berita tersebut, anda bisa membaca berita tersebut di pautan ini.

Tak betul agaknya budak ni. Mohon WWE sign untuk jadi pengganti kepada Randy Orton lepas ni

Minggu lalu, seorang pelajar sekolah menengah di Florida, Amerika Syarikat ditahan polis gara-gara cuba melakukan 'RKO' terhadap pengetua sekolahnya.

'The RKO' merupakan buah cap dagang penggusti WWE terkenal, Randy Orton. Buah ini mampu membuatkan pihak lawan menjadi lemah lalu membolehkan Randy menewaskan lawannya.

Walaupun ramai yang mengetahui WWE bukanlah sukan tempur yang sebenar, kebanyakan 'buah' yang dilakukan penggusti dalam gelanggang WWE merupakan aksi yang berbahaya dan tidak wajar ditiru untuk mencederakan mana-mana pihak.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang bengap dan cuba meniru gaya WWE demi mencari populariti atau lebih teruk ingin mencederakan orang awam.

Itulah yang berlaku terhadap seorang murid di sebuah sekolah menengah di Florida yang bernama, Gianny Sosa.

Sosa ditahan polis berikutan kejadian tersebut dan sudah hadir ke mahkamah untuk pendengaran kes tersebut.

Bagaikan tidak serik, Sosa sekali lagi ditahan polis dalam tempoh kurang seminggu kerana melakukan 'RKO' terhadap replika Aligator yang diletakkan di sebuah shopping kompleks di Florida.

Dalam satu video rakaman amatur yang dipercayai dirakam kawannya, Sosa dilihat menceroboh masuk ke dalam taman buatan manusia dengan tujuan untuk melakukan 'RKO' terhadap replika aligator yang sedang berjemur di tengah panas.

Sosa mencabut baju sebelum melompat masuk ke dalam taman tersebut dan membaling aligator yang tidak bersalah itu ke dalam air. Bagaikan orang tidak siuman, Sosa melakukan 'RKO' lalu menindih aligator tersebut sambil rakannya melakukan kiraan.

Sebenarnya, kejadian ini berlaku  pada 30 Mei lalu, lebih kurang dua minggu sebelum beliau menggemparkan dunia dengan melakukan 'RKO' terhadap pengetua sekolahnya.

Berikutan pencerobohan ini, Sosa ditahan polis buat kali ke-2 dalam tempoh kurang seminggu atas dakwaan melakukan kerosakan terhadap benda awam. Pengurus shopping kompleks turut mendakwa replika Aligator yang dilanyak oleh Sosa sebenarnya berharga $3,690 ! Lebih kurang 15 ribu duit Malaysia woiii !

Sosa dihadapkan ke mahkamah yang sama pada 16 April (kelmarin) di hadapan hakim, Renetha Francis. Sebaik sahaja melihat kelibat Sosa, hakim dengan nada sinis berkata, 'You're back'.

Francis juga menasihatkan Sosa supaya mencari perkara lain yang lebih berfaedah untuk dilakukan kerana tidak mahu melihat remaja ini berada di muka depan akhbar atas sebab yang salah.




Paparkan Komen