Rekod Lompat Jauh Yang Masih Bertahan Hingga Kini

Mohammad Safwan 3 bulan yang lalu

Mike Powell telah mencipta rekod lompatan paling jauh yang tidak dapat dipecahkan sehingga kini. Pada tahun 1991, Mike Powell telah berentap dengan musuh tradisinya iatu rakan senegaranya, Carl Lewis dalam kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun.

Carl Lewis pada mulanya telah menetapkan rekod lompatan sejauh 8.91 meter. Rekod itu merupakan rekod baru kejohanan dunia. Namun Mike Powell tenang melihatkan keadaan itu.

Beliau mengambil masa sebelum melakukan pecutan laju dan terus melompat ke hati awak. Ya,  awak Mira Filzah. Eh, silap. Beliau terus membuat lompatan sejauh 8.95 meter. Rekod dunia yang belum dipecahkan selama 23 tahun dari atlet bernama Beamon.

Powell.. Powell.. Power

Namun Mike Powell berjaya memecahkan rekod tersebut.  Rekod tersebut masih kekal sehingga sekarang. Masih tiada manusia pun yang mampu untuk memecahkan rekod beliau. Nak harapkan kau orang semua? Asyik nak lompat dekat hati Neelofa, Mira Filzah, Fazura, dan Uqasha Senrose bolehlah.