Rekod Kerjaya Raphael Varane Tidak Munasabah Bagi Pemain Berusia 25 Tahun

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 hari yang lalu

Disebalik kepantasan larian yang bak kilat Kylian Mbappe, Kebijaksanaan Paul Pogba mengemudi bahagian tengah dengan aksi bertenaga dan tidak mengenal erti lelah dari N'golo Kante jangan dilupa kepada pemain pertahanan yang kental ini.

Raphael Xavier Varane(Sebutan Perancis: ​[ʁafaɛl vaʁan]) lahir pada 25 April 1993 yang merupakan pemain pertahanan tengah bagi kelab Real Madrid dan kini merupakan benteng penting Perancis di Piala Dunia Russia.

Mula bermain bola sepak diperingkat remaja bersama Hellemmes pada tahun 2000 kemudian pada usia 9 tahun Varane terus mengasah dan mengembangkan bakatnya di akademi Lens selama 8 tahun dari tahun 2002 hingga 2010.

Pada usia 18 tahun Varane telah memulakan karier profesionalnya apabila bermain untuk pasukan senior Lens dan hanya sempat beraksi semusim sahaja tetapi sudah membuat 23 penampilan dan menjaringkan dua gol.

Varane membuat debut profesional pada 7 November 2010 ketika Lens menentang Montpellier. Selepas semusim bersama Lens, Real Madrid datang menyambar bakat muda itu pada tahun 2011 dengan harga €10 juta dan kini terus bersama Los Blancos sebagai tonggak utama.

Pada usia 20 tahun Varane telah memecah masuk ke pasukan kebangsaan Perancis dan membuat debut penuh di peringkat antarabangsa pada Mac 2013 dan menjadi skuad The Blues untuk Piala Dunia 2018. Kerana beraksi cemerlang di Piala Dunia 2014, Varane telah dicalonkan untuk anugerah Best Young Player.

Jurulatih remaja Lens, Eric Assadourian melabel Varane sebagai 'truly first class player' yang boleh menyesuaikan diri serta selesa dengan pelbagai tahap taktikal dan teknikal, Fernando Hierro dan Jose Mourinho juga mengangkat Varane sebagai antara pemain pertahanan terbaik dunia.

Kini Varane sudah berusia 25 tahun sudah membuat penampilan kedua di Piala Dunia dan lebih manis Varane bersama Perancis hanya selangkah lagi dari menjulang Piala Dunia dan menambah bintang di jersi Perancis.

Dalam saingan Piala Dunia kali ini Perancis tidaklah terlalu menyinar di bahagian hadapan tetapi cukup untuk ke final. The Blues menjaringkan dua gol vs Australia, menentang Peru satu gol dan seri tanpa jaringan menentang Denmark dalam perlawanan bosan yang amat.

Selain perlawanan menggila menentang Argentina yang menyaksikan Perancis bolos 3 gol, pasukan kendalian Didier Deschamps hanya bolos satu gol ketika menentaNG Australia dan itu pun melalui sepakan penalti hasil kegilaan Samuel Umtiti.

Cara permainan bertahan Perancis sangat cemerlang hingga berjaya ke final dan mereka tahu bagaimana untuk menang walaupun dilabel anti-football oleh Belgium mereka menang dalam tempoh 90 minit dengan satu jaringan.

Varane dan Umtiti sangat melampau kuatnya dan selesa dengan perlindungan penuh dari N'golo Kante yang ibarat kondom berkuasa tinggi yang setakat ini mampu menakung segala bahaya sebelum sampai ke bahagian pertahanan. Jika bocor sekalipun dengan kadar bahaya yang sudah berkurangan.

Pentas final bagi kejohanan besar tidak asing lagi bagi Varane, bersama Real Madrid beliau sudah menjulang Champions League 3 kali berturut-turut dan sebelum lalu merupakan kali terakhir beliau menjulang trofi.

Sudah pasti Varane sudah biasa dengan tekanan perlawanan akhir. Varane merupakan pemain pertahanan paling muda yang memenangi 4 kejuaraan Champions League pada usia 25 tahun sejak Paolo Maldini menjulang trofi itu buat kali ke-3 pada usia 26 tahun.

Rekod Gilo Varane di Usia 25 Tahun

Varane telah bermain sebanyak 253 perlawanan kompetitif di peringkat kela dan mempunyai 48 cap bersama Perancis. Varane juga telah bermain 10 perlawanan separuh akhir, menang 9 dan 10 perlawanan akhir juga dengan 9 kejayaan.

Bersama Real Madrid Varane telah memenangi dua gelaran La Liga, 4 Champions League dalam tempoh 5 tahun dan beberapa Piala yang biasa-biasa saja dalam 233 penampilan bersama Los Blancos. Secara keseluruhan Varane memenangi 15 Trofi selama 7 musim di Real Madrid.

Varane kini sudah membuat 48 penampilan bersama Perancis dan sudah menjaringkan 3 gol. Varane telah membawa Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018.

Real Madrid

  • La Liga: 2011–12, 2016–17
  • Copa del Rey: 2013–14
  • Supercopa de España: 2012, 2017
  • UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18
  • UEFA Super Cup: 2014, 2016, 2017
  • FIFA Club World Cup: 2014, 2016, 2017

Individu

  • FIFPro World XI 3rd team: 2015, 2017
  • FIFPro World XI 4th team: 2016
  • FIFPro World XI 5th team: 2014
  • UEFA Champions League Squad of the Season: 2017–18



Paparkan Komen