The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Real Madrid Tersingkir Daripada Copa Del Rey Walaupun Menang

Encik Bakri pada December 5, 2015

MADRID 4 Dis. – Real Madrid terus ditimpa malang apabila disingkirkan daripada saingan Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol) kerana menurunkan pemain yang digantung perlawanan dalam pusingan keempat menentang kelab divisyen tiga, Cadiz, Rabu lalu, lapor stesen radio Sepanyol, Cadena Ser, di sini, hari ini.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Real melakar kemenangan 3-1, Denis Cheryshev membarisi kesebelasan pasukan sedangkan penyerang Rusia itu tidak sepatutnya disenaraikan kerana masih perlu menjalani penggantungan satu perlawanan.

Ini bukan kali pertama pengurus Real, Rafael Benitez membuat perkara seperti ini. Rafa turut bertanggungjawab terhadap Valencia yang tersingkir dari Copa Del Ray pada tahun 2001 apabila menyenaraikan empat pemain bukan Eropah ketika hanya tiga dibenarkan.

Cadena Ser, yang tidak mendedahkan sumber maklumat mereka turut memberitahu, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah memaklumkan kepada Cadiz mengenai tindakan yang diambil terhadap Real.

Real sebelum ini menegaskan mereka akan mengemukakan rayuan seandainya disingkir daripada kejohanan itu selepas berkeras mempertahankan tindakan menurunkan Cheryshev adalah kesilapan yang tidak disengajakan.

Menurut gergasi bola sepak Sepanyol itu, mereka tidak langsung dimaklumkan oleh RFEF, mahupun Valencia, kelab yang dinaungi Cheryshev mengenai penggantungan pemain berkenaan ekoran menerima tiga kad kuning musim lalu.

Jika Real sah disingkirkan daripada Copa del Rey, ia adalah keputusan yang amat memalukan buat kelab bola sepak paling kaya di dunia itu, yang sebelum ini turut dimalukan ekoran kegagalan menandatangani penjaga gol Sepanyol, David de Gea daripada Manchester United kerana kesilapan teknikal pada hari terakhir pasaran perpindahan, Ogos lalu. – REUTERS


Download aplikasi The Sukan di Google Play