Real Madrid Sah Beli Pemain Atletico

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Gergasi Sepanyol, Real Madrid telah melengkapkan pembelian pemain pertahanan kiri Atletico Madrid yang kini sedang dipinjamkan kepada Deportivo Alaves, Thei Hernandez dengan kontrak lima tahun. Pemain berusia 19 tahun itu telah melengkapkan ujian kecergasan di Klinik Sanitas-La Moraleja dan yuran perpindahan yang dipersetujui dikatakan sekitar €30 juta.

Selain Real Madrid, Barcelona juga dikatakan berminat untuk membeli bintang muda Perancis ini di mana pasukan dari Catalonia tersebut telah menemui ejen Theo, Manuel Garcia Quilon di Soria pada 26 April lalu.

Theo Hernandez bersama Alaves.

Meskipun segala urusan telah selesai, Atletico dikatakan berang dengan Real kerana mengingkari penjanjian lisan kedua-dua kelab tidak akan mengumumkan perpindahan ini dalam masa terdekat.

Pemain pertahanan muda ini cukup cemerlang bersama Alaves di mana dia telah melakukan 36 penampilan buat pasukan kelab dari Wilayah Basque dan dia bakal memberikan saingan kepada Marcelo yang dilihat cukup selesa menguasai posisi tersebut begitu lama sekali.

Kehadiran Theo juga bakal menamatkan karier Fabio Coentrao di Real Madrid, memandangkan pemain Portugal ini mempamerkan prestasi yang terumbang ambing, dengan dibelenggu masalah kecergasan dan prestasi yo-yo. Presiden kelab, Florentino Perez juga mahukan pemain ini dijual pada musim panas nanti.

Fabio Coentrao cukup cemerlang sebagai sparring partner di Real.

Menuru AS, Theo akan menerima gaji permulaan sebanyak €3.5 juta setahun, dengan peningkatan setiap tahun sehingga tahun kelima kontraknya.

Agak berani nampaknya Real Madrid membeli pemain muda di bahagian pertahanan dengan nilai yang cukup tinggi. Tapi kalau pasukan dah banyak duit, tak jual pemain pun boleh beli pemain baru.

Sumber berita : Sportskeeda




Paparkan Komen