The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Real Madrid Juara Champions League 2016

Encik Bakri pada May 29, 2016

MILAN 29 Mei – Real Madrid membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak Eropah selepas merangkul kejuaraan Liga Juara-juara buat kali ke-11 dengan menundukkan Atletico Madrid 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium San Siro, di sini, sebentar tadi.

Cristiano Ronaldo muncul wira Los Blancos dengan menyempurnakan sepakan kemenangan pasukannya selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit permainan yang berlanjutan ke masa tambahan.

Terdahulu ketua pasukan, Sergio Ramos meletakkan Real di depan menerusi sepakan jarak dekat pada minit ke-15, tetapi Yannick Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke-79

Real Madrid Juara Champions League 2016 – Highlight


Download aplikasi The Sukan di Google Play