Reaksi Lewandowski Selepas Mengetahui Keputusan Ballon d'Or

Encik Bakri oleh Encik Bakri 11 bulan yang lalu

Robert Lewandowski nampaknya kurang gembira dengan keputusan Ballon d'Or yaang diumumkan semalam di mana beliau berada di kedudukan ke 16 daripada 30 orang calon dengan hanya mendapat 3 mata.

Penyerang Bayern Munich di kenali sebagai salah seorang penyerang prolifik di dunia yang power dan tidak pernah mengecewakan. Lewandowski telah menjaringkan 42 gol bersama Bayern Munich musim lalu.

Musim lalu juga menyaksikan beliau muncul sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dengan 30 gol. Pada Musim ini sahaja Lewandowski telah menjaringkan 26 gol dalam 26 perlawanan dan menjaringkan 8 gol untuk Poland tahun ini.

Seakan kecewa atau terkejut lalu terkentut dengan keputusan itu, Lewandowski telah membalas Tweet Frace Football dengan emoji tawa dalam tangisan. Walaupun sukar untuk menang takka la sampai duk nombor 16. Ye dok?

Lewandowski berada di belakang penyerang lain seperti Jamie Vardy (8), Pierre-Emerick Aubameyang (11) dan Zlatan Ibrahimovic (13).

Baca juga : Keputusan Penuh Ballon d’Or Serta Kedudukan 30 Calon




Paparkan Komen