Reaksi Klopp Menyaksikan Gol Padu Curtis Jones

Share on facebook
Share on twitter

Liverpool mara ke pusingan ke-4 Piala FA dengan penuh kacak lagi bergaya selepas menewaskan Everton hasil jaringan tunggal pemain muda, Curtis Jones.

Pada separuh masa pertama menyaksikan Adrian berkerja keras dengan membuat tiga aksi menyelamat luar biasa, sekaligus menghampakan Everton.

Kecederaan James Milner seawal minit ke-9 menambah lagi masalah kecederaan pemain Liverpool.

Luar biasa sungguh gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Curtis Jones dengan satu lencongan luar kotak penalti yang sangat cantik lagi menawan.

Jordan Pickford melonjak tinggi tetapi tidak sampai untuk membuat sentuah bola menghentam palang dan masuk ke penjuru kanan gawang.

Pemain berusia 18 tahun itu menerima bola daripada Divock Origi diluar kotak penalti dan melepaskan satu rembatan lencong cantik.

Boom! Gol!

Curtis Jones' ABSOLUTE worldie vs Everton ๐Ÿ’ฅ

PICK THAT ONE OUT! ๐Ÿš€๐Ÿš€What a moment for Curtis Jones ๐Ÿคฉ๐ŸŽฅ The Emirates FA Cup

Posted by Liverpool FC on Sunday, 5 January 2020

Curtis Jones menjaringkan gol pertama dalam kariernya diperingkat senior.

Reaksi Jurgen Klopp terhadap gol Curtis Jones menceritakan segala-galanya betapa padu dan sensasi gol itu.

Klopp kemudian tersenyum dan melambaikan tangan ke udara seperti bangga dan puas dengan jaringan tersebut.

Reaksi Klopp mendapat perhatian daripada peminat Liverpool yang merasakan reaksi itu seperti seorang ayah yang bangga dengan anaknya.

Selepas perlawanan Klopp telah memuji barisan pemain mudanya sebagai luar biasa.

“Aku bagitau pemain muda aku bahawa mereka seharusnya berbangga kerana mempamerkan aksi luar biasa dan padu.”

“Setiap individu sangat power, sensasi. Aku sangat sukakan setiap saat dalam perlawanan ini.”

Curtis Julian Jones dilahirkan pada 30 Januari 2001 merupakan pemain yang bermain diposisi midfielder untuk pasukan Liverpool.

Mmebesar di tengah bandar Liverpool, Curtis Jones mula menyertai Liverpool dibawah pasukan bawah 9 tahun.

Selepas melakukan debut bersama pasukan bawah 23 tahun pada januari 2018, Jones diikat dengan kontrak profesional pada 1 Februari 2018.

Share on facebook
Share on twitter