The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Gambar : FIFA

Raul Pemain Terbaik La Liga Sepanjang Zaman, Cristiano Ronaldo di Tempat ke-23

Eikrem pada October 11, 2016

Lagenda Sepanyol dan Real Madrid, Raul Gonzalez telah dinobatkan sebagai pemain terbaik La Liga sepanjang zaman, menurut satu kajian dari Pusat Kajian Bola Sepak Sepanyol(CIHEFE).

Dalam kajian mereka, CIHEFE telah mengambil kira prestasi seseorang pemain itu dari segi jaringan gol, assist, terjahan, kekasaran, kad kuning dan pelbagai lagi kriteria.

Mata dikira antaranya ialah :

1. 20 mata untuk minit permainan pada satu-satu musim
2. 1 mata untuk gol
3. Tolak 0.4 mata untuk kekalahan
4. Tolak 1.5 mata untuk kad merah.

Senor Raul | Gambar : as.com
Senor Raul | Gambar : as.com

Setelah dicampur kesemuanya sekali, Raul dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam sejarah La Liga, dengan 528 mata, diikuti lagenda Barcelona Cesar Rodriguez dengan 524 mata di tangga kedua dan Telmo Zarra, ikon Atletic Bilbao di tangga ketiga dengan 493 mata.

Bintang Barcelona, Leo Messi di tangga keempat dengan 490 mata, dan Quini – bekas pemain Gijon melengkapkan carta 5 teratas dengan 488 mata.

Berikut adalah ranking pemain bintang lain.

23. Cristiano Ronaldo

Ouuuucchhh! | Gambar : as.com
Ouuuucchhh! | Gambar : as.com

32. David Villa
49. Xavi Hernandez
62. Iker Casillas