The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Ranking Malaysia jatuh lagi? Aku tak heran!

Eikrem pada October 3, 2015

Ramai tidak terkejut bila ranking Harimau Malaya jatuh lagi, terburuk dalam sejarah peradaban bola sepak Malaysia, tambahan pula lepas kena belasah 10-0 dengan UAE bulan lepas.

Dari tahun 1993, sampai lah sekarang tiada langsung episod ranking bola Malaysia naik dengan tinggi. Selalunya jatuh terperuk, lepas tu naik balik setakuk. Jatuh balik 5-6 takuk.

Bak kata orang putih, every fucking time!

Kalau tengok set-up bola sepak Malaysia sekarang, memang kita akan jangkakan ranking Malaysia akan terus merudum, merudum dan merudum. Kenapa?

Tiada pembangunan berterusan

Cuba bagi tahu FA negeri mana yang ada akademi yang teratur dan berterusan? Ada?

Kebanyakan akademi adalah usaha pencinta bola dan bergerak melalui yuran atau tajaan syarikat-syarikat kecil. Kalau yang grand pun hanya satu – Frenz United, siap ada stadium sendiri.

PPBN? Yakin ke program ni akan tahan lama? Sedangkan dasar pendidikan negara pun berubah setiap kali menteri bertukar, inikan pula bola sepak kanak-kanak.

Kebanyakan akademi pula banyak bertumpu di Lembah Klang, negeri-negeri lain hampir tiada. Pemain-pemain yang bernaung di akademi-akademi swasta mampu mendapat game time  yang cukup dalam tempoh pembangunan dan penggilapan bakat mereka.

Kalau yang tidak menyertai akademi, game time mereka hanya ketika wakil sekolah atau main petang-petang di padang, sebelum geng orang tua mula bermain, itupun tanpa tunjuk ajar dari jurulatih atau orang yang ada football knowledge.

Kalau yang tonjol tu, memang tonjol sampai bertahun-tahun atau sampai cikgu panggil untuk mewakili sekolah. Kalau yang pengkau pun sama. Itu belum termasuk yang tanduk bola pejam mata, tackle bola macam tackle ragbi dan main macam lalat hurung tahi.

Tiada pertandingan yang berterusan bagi peringkat remaja

Dari zaman sebelum merdeka sampai lah dah nak 60 tahun merdeka, keadaan tetap sama. Pertandingan peringkat umur memang kurang dianjurkan baik di pihak FAM atau FA pengampu (baca semua FA).

Bayangkan, kalau seseorang pemain muda, katalah 12 tahun, mewakili sekolah dan bertanding di peringkat zon. Berapa minit perlawanan kompetitif yang pelajar itu dapat? 90 minit!

90 minit setahun tidak mencukupi untuk seorang pemain itu berkembang.

Malcolm Gladwell, dalam bukunya The Outliers menulis – untuk seseorang itu mahir dalam bidang yang diceburinya, latihan yang perlu dilalui adalah sekurang-kurangnya 10,000 jam! Sepuluh ribu jam!

90 minit dalam setahun kali dengan 5 tahun, hanya 450 minit, hanya 7 jam setengah perlawanan kompetitif dalam tempoh lima tahun. Itu kalau pemain itu wakil sekolah. Kalau tak wakil?

Sesetengah tempat kira okay lah, ada liga DUN. Tetapi adakah liga DUN itu cukup kompetitif? Biasanya pasukan yang bertanding di liga DUN itu tiada jurulatih atau pengajar yang mahir dan memahami teknik dan skill yang diperlukan untuk menjadi pemain bola sepak yang sebenar.

“Kita dah ada piala Presiden, okay lah tu.”

Piala Presiden yang hanya 3-4 bulan tu? Cukup ke game time untuk pemain muda?

Kenapa bukan FAM sahaja yang bangsat

Setiap negeri ada FA-football association mereka sendiri. Berapa banyak FA negeri yang betul-betul berfungsi sebagai FA?

Tugas FA yang utama ialah pembangunan bola sepak baik dari segi pemain, permainan, latihan, pengurusan mahupun pengadilan. Itu adalah teori.

Realitinya FA negeri banyak menjadi tempat untuk cari makan dan pengaruh oleh mereka yang berkepentingan, dan fokus mereka lebih kepada untuk mencari kejayaan segera pasukan negeri yang bermain di liga professional (baca liga budak-budak manja) Malaysia.

Jika pasukan utama negeri mereka menang, mereka mendabik dada mengatakan mereka mempunyai pandangan jangka panjang. Tetapi selepas beberapa tahun pasukan mereka cemerlang, mula masalah gaji, KWSP, prestasi pasukan yang entah apa-apa.

OK, Johor melalui PBNJ pimpinan TMJ dah mula mengatur langkah progressif dengan mempunyai pelan jangka panjang. Itu pun nasib baik cadangan seorang pemimpin negeri tu untuk mengurangkan pasukan dari Johor yang bertanding dalam Liga M kepada hanya satu pasukan suatu ketika dahulu tidak diterima dan ditentang hebat, terutamanya Johor FC.

Tan Sri Annuar Musa? Nampak apa terjadi kepada The Red Warrior selepas TSAM menjadi ahli parlimen? Tahu tak siapa exco-exco KAFA dan apa jawatan mereka dalam UMNO dan PAS? Tidak kah ada clash of interest?

Selangor – negeri paling maju di Malaysia dan mempuyai kemudahan yang paling banyak dalam negara – masih gagal menghasilkan pemain-pemain muda yang berkaliber walaupun Liga FAS sangat kompetiif.

Banyak lagi spoilt stories dalam FA negeri!

Kesimpulannya, point-point di atas hanya tiga dari berjuta masalah bola sepak di Malaysia. Sebangsat mana dan setahi mana pun FA negeri dan FAM, orang kita akan terus melupakan kisah duka apabila pasukan negeri atau negara mencapai satu kejayaan. Bila kalah caci-maki dan keluar cadangan itu ini, idea bernas yang orang putih kata million dollars idea tetapi bisu seperti angjing kenyang selepas pasukan negeri menang Piala Malaysia.