Raja Ahmad Zainuddin Bekas Naib Presiden FAM Kembali Ke Rahmatullah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Bekas Naib Presiden FAM dan bekas pengurus pasukan Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh pada pagi tadi pada usia 69 tahun.

Menurut Astro Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.45 pagi setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke rumahnya di Ampang, Ipoh, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh, selepas solat Jumaat.

Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak dan dianggap sebagai pengurus skuad Seladang yang paling berjaya.

Dalam arena bola sepak beliau pernah mencadangkan :

  1. Malaysia membuka pintu kepada pemain bola sepak dari negara ASEAN, beraksi dalam liga tempatan atas tiket pemain tempatan seperti yang dibuat oleh liga di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).
  2. Persatuan bola sepak negeri mengambil-alih pengurusan stadium di setiap negeri supaya dapat menjana pendapatan bagi mengisi tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan negeri.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Larut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah.


Share Tweet


Paparkan Komen