Raiola Sudah Menyampah Dengan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter

Ejen besar yang berbadan besar, Mino Raiola, dilaporkan sudah menyampah dan tidak lagi mahu berurusan dengan Manchester United selepas ‘layanan buruk’ terhadap Paul Pogba, menurut Metro.

Minggu lalu, Raiola mengecam United kerana menghalang Paul Pogba daripada menyertai kelab impiannya, Real Madrid, dan berganding dengan Zinedine Zidane sekaligus mencipta ikon sejarah bola sepak Perancis.

Sebelum ini Raiola dikatakan sudah bertemu Ed Woodward untuk membincangkan masa depan pemenang Piala Dunia tersebut, namun dia terpaksa menerima hakikat bahawa United tidak akan menjualnya dalam masa terdekat.

Pogba mahu ke Real Madrid

Kini, Raiola berazam tidak akan menghantar lagi pemain di bawah seliaannya ke United, yang ketika ini berada dalam situasi yang tidak memberangsangkan, malah kelab tersebut dilihat mampu merosakkan pemain hebat lain.

“Dengan ini, aku tidak akan lagi bawa sesiapa ke sana,” Raiola bercakap kepada media Itali, la Repubblica.

“Maradona, Pele, Paolo Maldini pun akan dirosakkan deme. Binawe betul.

“Paul[Pogba] perlukan kelab – macam Juventus.”

Haaland dan Dortmund

Sebelum ini, seorang lagi pemain di bawah kelolaan Raiola, Erling Haaland, telah melengkapkan perpindahan ke kelab Jerman, Borussia Dortmund, meskipun dia aku ada berhubung dengan United berkenaan pemain itu.

“Kelab yang paling banyak berhubung dengan Haalad adalah United,” kata Raiola kepada Telegraph.

“Jelas Haaland fikir sekarang bukan langkah yang tepat dalam karier dia [untuk menyertai United]. Aku tak ada apa dendam dengan Manchester United atau Ole.”

Share on facebook
Share on twitter