Rahsia Kehebatan Barcelona Terletak di Seluar Ketat Pemain Mereka

Eikrem 2 bulan yang lalu

Para pemain bola sepak pada hari ini berpeluang menggunakan teknologi kamera TV, peranti GPS dan juga telefon bimbit Lenovo untuk tujuan peningkatan prestasi dan juga pergerakan mereka dan kini dunia sains sukan maju setapak lagi dengan pengelanan seluar ketat yang berteknologi tinggi!

Ramai yang tidak tahu bahawa pemain Barcelona sebenarnya memakai seluar ketat mengayuh basikal yang berteknologi tinggi untuk meningkatkan prestasi mereka di atas padang, selain mengurangkan risiko kecederaan.

Seluar ketat ini selain memberikan keselesaan kepada para pemain untuk melakukan aktiviti lasak, ia juga dapat memantau tahap beban dan kerja dilakukan oleh otot hamstring dan quadriceps, dengan cara mengesan mana-mana ketidak seimbangan otot.

Inilah rupa seluar ketat berprestasi tinggi tu. Gambar : Fourfourtwo

CEO syarikat dari Finland,Myontec – syarikat yang mencipta seluar ini, Janne Plyvas, memberitahu Four Four Two bahawa kecederaan peha dan hamstring pemain sebenarnya boleh dielakkan.

“Kecederaan akibat terlalu banyak aktiviti seperti tarikan di hamstring atau peha boleh terjadi sekiranya seseorang pemain tersebut terlebih menggunakan sebelah kaki berbanding lagi satu. Jadi, dengan membetulkan cara larian mereka, maka risiko kecederaan ini dapatlah dikurangkan dan dielakkan,” katanya.

Syarikat Myontec kini sedang menaik taraf seluar ketat mereka untuk memasukkn unsur-unsur teknologi electromyography (EMG) dan teknologi ini akan membolehkan otot menghantar signal kepada peranti. Ia juga dapat merekodkan kiraan nadi dan cadence – berapa kali seorang pemain mampu melakukan larian sederhana laju dalam tempoh tertentu.

Lebih menarik lagi, data boleh dihantar ke telefon pintar para pemain secara terus, menerusi applikasi Myontec di iPhone atau Android, dan ini membolehkan para atlet untuk memerhatikan data otot mereka sambil berlari menghadap telefon.

Harga seluar ketat generasi baru ini boleh dibeli pada harga £700 (RM3500) dan jika rasa harga ini mahal, mereka yang berminat boleh menghantar Whatsapp ke nombor 013-576 8809, nombor milik pemain Barcelona, Neymar.

Mana tahu nanti Neymar nak bagi pinjam ke, tak pun minta terus daripada dia. Budak tu kaya, baik pulak tu.

Sumber : FourFourTwo