Rahsia di Sebalik Sambutan Gol Paulo Dybala

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Seluruh Stadium Juventus menyaksikan pasukan Wanita Tua membelasah Barcelona 3-0 malam tadi, meskipun hanya menguasai bola tidak sampai 40 peratu, dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama Liga Juara-juara UEFA. Pemain Argentina, Paulo Dybala menjaringkan dua gol awal pada minit ke 7 dan 21, sebelum ditambah oleh Giorgio Chiellini pada separuh masa kedua.

Menariknya, kedua-dua gol tersebut merupakan gol ketiga dan keempat Dybala dalam kempen Liga Juara-juara dan selepas menjaringkan gol, Dybala dilihat mempunyai caranya tersendiri untuk meraikan jaringan tersebut.

Setiap pemain mempunyai cara tersendiri untuk menyambut jaringan gol, kecuali Cristiano Ronaldo yang meniru Amri Yahyah. Dybala pula dilihat meraikan gol dengan berlari sambil menutup bahagian bawah mukanya seperti di bawah;

Dani Alves cuba membuat gaya Topeng Dybala, namun seperti ada kekurangannya di situ.

Jadi sebagai penyiasat bola sepak antarabangsa, The Sukan rasa terpanggil untuk menerangkan maksud sebenar di sebalik gaya sambutan Dybala ini.

Gaya meletakkan tangan di bahagian bawah muka tersebut diberi nama Dybala Mask, atau dalam Bahasa Melayu - Topeng Dybala. Dybala telah memuat naik satu video di Facebook mengenai Topeng Dybala ini. Banyak kali kan sebut Dybala?

Paulo spiega l'origine della #dybalamask

Ciao a tutti! Nessuno ha indovinato, ma vi ringrazio tutti! Ecco cosa vuol dire la #dybalamask !Hello people! Thanks for sending me all those wonderful pictures of you wearing #Dybalamask! Unfortunely, no one guessed the right reason, so I'm going to reward the 5 who got closer! Dybalamask is really simple: it's the mask of a gladiator! When we struggle, sometimes we must wear our warrior mask to be stronger, without losing our smile and kindness!

Nai-post ni Paulo Dybala noong Biyernes, Enero 27, 2017

Mesti engkorang tak faham kan bahasa Itali kan? Memandangkan kami bersahabat baik dengan Encik Jimie suatu ketika dahulu dan beliau sempat mengajarkan kami Bahasa Itali, maka kami rumuskan apa yang telah dikatakan oleh pemain lincah ini.

Topeng Dybala mempunyai maksud yang sangat mudah - topeng gladiator.

Apakah maksud gladiator?

Dari segi bahasa, gladiator bermaksud pahlawan yang menggunakan pedang. Para ilmuan telah membahaskan maksud gladiator secara syarahnya ialah orang yang berlawanan menggunakan pedang untuk tontonan umum ketika zaman Rom kuno, menentang sesama gladiator atau haiwan ganas seperi singa, gajah, harimau kumbang atau apa sahaja haiwan ganas yang lain.

Gladiator pada hari ini boleh disamakan dengan pemain bola sepak di mana mereka bertarung di tengah-tengah Colosseum, sambil ditonton ribuan manusia di sekeliling.

Colosseum di Rom. Gambar ini dirakam Encik Bakri sewaktu melawat Itali minggu lalu.

Dybala mengulas lagi,"Ketika kita berjuang, kadang-kadang kita perlu memakai topeng pahlawan untuk menjadi lebih kuat, tanpa menghilangkan senyuman dan kebaikan kita."

Ini bermaksud, mendapatkan gol bukannya mudah, namun apabila gol hadir, perjuangannya selama ini ternyata berbaloi. Engkorang faham kan?

Topeng Dybala ini amatlah penting untuk dijadikan sumber inspirasi kepada pemain-pemain Malaysia dalam meraikan gol yang dijaringkan. Mana tahu selepas ini pemain di Malaysia membuat gaya ini dan kebetulan dilihat oleh seorang scout antarabangsa, lalu membawa pemain kita ke Serie A. Rezeki orang mana kita tahu kan?

Entri ini merujuk kepada satu entri di The Sun.




Paparkan Komen