Rahsia di Sebalik Sambutan Gol Mata Buka Kasut

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Manchester United semalam berjaya menang di tempat sendiri mengatasai Watford 2-0 hasil jaringan Juan Mata dan Anthony Martial di setiap separuh masa. Apa yang menarik ialah sambutan gol Juan Mata yang membaling kasutnya, seperti pemain tenis menghempas raket selepas perlawanan.

Sebenarnya ada rahsia di sebalik sambutan tesebut dan boleh diamalakan oleh semua rakyat jelata Malaysia khususnya, penduduk dunia amnya.

Sebelum jaringannya pada minit ke-32 tersebut, Mata bermain satu-dua bersama Mkhitaryan melalui satu backheel yang cantik lalu membuat larian ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol, menyempurnakan lorongan Martial.

Beberapa saat sebelum detik itu, kasut Mata terlebih dahulu tercabut dan dia dengan cepat memakainya kembali menyebabkan dia tidak diendah oleh pertahanan Watford. Tanpa dikawal, Mata menyelinap ke hadapan pertahanan untuk menerima hantaran daripada Mkhirtaryan.

Mata dilihat tidak dikawal ketika memakai kasutnya.

Selepas menjaringkan gol Mata membuka kasutnya dan membaling ke udara sebagai tanda sambutan.

Orang yang zalim ialah orang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Mata meletakkan kasut di tangan, adakah Mata zalim?

Mata kini muncul sebagai pemain terbaik buat United setaraf dengan Mkhitaryan setelah mempamerkan persembahan cemerlang dari awal musim, dan berpotensi untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan kelab tersebut yang telah disandang David De Gea selama tiga musim berturut-turut.

Kemenangan ke atas Watford menaikkan United ke tangga kelima buat seketika, namun mereka berjaya mengekalkan kedudukan tangga keenam mereka apabila Liverpool menewaskan Spurs di Anfield.

Cuma persoalannya ialah, Zlatan main tak semalam?




Paparkan Komen