Rafael Nadal Jadi Individu Penting Pembelian Wira Real Madrid

Eikrem oleh Eikrem 3 bulan yang lalu

Rafael Nadal mungkin lebih dikenali sebagai seorang pemain tenis yang hebat di dunia, dan pakar gelanggang tanah liat ini baru sahaja menjuarai Roland Garros  2017. Mungkin ramai yang tidak mengetahui pemain tenis yang lengan kirinya lebih besar daripada lengan kanannya itu juga merupakan seorang peminat tak lut Real Madrid.

Pada tahun 2014, Nadal menjadi watak utama dalam pembelian Marco Asencio dari Real Mallorca, menurut presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Marco Asencio | Gambar : as.com

Pada musim 2013-14, Asencio baru dinaikkan ke skuad senior Mallorca dan sebagai pemain muda yang sentiasa mengimpikan kegemilangan, Asencio tampil cemerlang bersama Los Bermellones.

Kehebatannya di atas padang sekaligus membuka mata dua buaya La Liga siapa lagi kalau bukan Real Madrid dan seterunya, Barcelona.

Selaku ahli politik yang bijak, Perez mendapat satu idea yang bijaksana bagaimana untuk melancarkan lagi bidaan bagi mendapatkan Asencio.

Perez sedia maklum Rafael Nadal adalah peminat Real Madrid dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu kelab ibu kota Sepanyol tersebut berjaya.

Perez menghubungi Rafael Nadal dan meminta bantuannya untuk memujuk bapa saudara Rafael, Miguel Angel Nadal - ketika itu merupakan pengarah sukan di Mallorca.

"Aku telefon Rafa Nadal dan minta dia bercakap dengan pak menakan dia, Miguel Angel, yang merupakan pengarah sukan Mallora masa tu," Perez bercerita kepada Onda Cero.

"Aku habaq kat dia yang kami, Real Madrid, nak beli Asencio.

"Rafa apa lagi, terus dia habaq kat pak menakan dia, lepas tu kami terus dapat Asencio," tambah Perez, tersenyum mengenangkan bagaimana dengan mudah memanipulasi penyokong setia pasukannya, sama seperti pemimpin-pemimpin bola sepak di Malaysia lakukan.

Miguel Angel Nadal | Gambar : Slowfoot

Bagi mereka yang tidak tahu, Miguel Angel Nadal merupakan bekas pemain tengah Barcelona di mana dia telah berkelana ke negeri Catalan selama lapan tahun sejak 1991.

Senang cerita, Angel Nadal ni bertaraf lagenda lah di Barcelona.

Namun disebabkan rasa kecintaan yang mendalam kepada anak saudaranya, Angel Nadal terpaksa mengenepikan sentimen les cules demi kegembiraan Rafa Nadal.

Selepas membeli Asencio pada Disember 2014, Real Madrid meminjamkannnya semula ke Mallorca sehingga tamat musim tersebut, sebelum dipinjamkan ke Espanyol pada musim berikutnya.

Hasilnya, Asencio berjaya memupuk jati diri sebagai pemain tengah yang bagus. Dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Juventus, Asencio menjaringkan gol keempat Real Madrid, sekaligus menutup peluang untuk pasukan Turin tersebut untuk bangkit seperti Harimau Malaya.

Nota : Ramai lettew google gambar lengan Rafael Nadal.

Sumber berita : Sportskeeda




Paparkan Komen